InsyaAllah 3 hb November 2009 ni, nenek saya akan berangkat untuk menunaikan ibadah fardhu haji di Tanah Suci Mekah. Penerbangannya dijangka berlepas pada jam 0705 HRS Selasa. Pada mulanya saya mahu pulang untuk berjumpa dengannya sebelum dia berlepas tetapi komitmen menuntut saya berkorban walaupun saya tahu bahawa ini mungkin adalah kali terakhir beliau menunaikan haji memandangkan usianya yang sudah lanjut dan juga tahap kesihatan yang tidak memberangsangkan. Menjangkau usia 70 tahun kalau tidak silap saya.
Memandangkan Tanah Suci adalah salah satu tempat yang Allah janjikan makbulnya doa hamba-hamba-Nya, banyak permintaan yang saya minta nenek doakan untuk saya sepanjang beliau berada disana. Antaranya saya minta supaya doakan supaya saya dapat jodoh yang sesuai dengan diri saya.
Rasanya permintaan ini juga berada dalam senarai doa yang ditulis oleh saya kepada ayah dan mak untuk didoakan ketika mereka berada di Tanah Suci tahun lepas. Sejujurnya saya tidak pernah dan tidak akan merasa jemu untuk meminta bertemu dengan jodoh yang sesuai kerana saya tahu hanya Allah yang mampu mengabulkan doa hamba-Nya.
Tidak salah rasanya jika doa untuk mendapat jodoh yang sesuai itu diamalkan setiap kali selepas solat 5 waktu. Itu menunjukkan bahawa kita sebagai manusia biasa tiada sekelumit pun kuasa untuk menentukan hidup kita sendiri. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya ditentukan oleh Allah S.W.T.
Kepada nenek, saya harap dapat tunaikan ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur. Jangan lupa doa-doa yang saya pesan. InsyaAllah, selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Saya dapat rasakan tahap kegembiraan nenek apabila diberi peluang oleh Allah untuk ke Tanah Suci Mekah. Sama sahaja dengan tahap gembira ayah dulu.
p/s: Saya suka lagu Doa Seorang Kekasih oleh In-Team. Dalam maksudnya.
p/s: Saya masih lagi berusaha untuk mempersembahkan entry saya dalam ayat dan olahan yang terbaik.
8 comments:
"Sejujurnya saya tidak pernah dan tidak akan merasa jemu untuk meminta bertemu dengan jodoh yang sesuai kerana saya tahu hanya Allah yang mampu mengabulkan doa hamba-Nya..Tidak salah rasanya jika doa untuk mendapat jodoh yang sesuai itu diamalkan setiap kali selepas solat 5 waktu"..btw,i luv dis part...pray dat ur grandma will get 'haji mabrur' and she'll be back soon in gud condition:)-aqilahahmad-
Rus_selz : I also love that part. Hehe. InsyaAllah. Let's pray for her to be always in a good health.
terasa keskemaan bahasa ibunda saudara tapi cm kurg sket skema dr english..haha
nway,doa mtk jodoh tu xpernah trlintas di kpl mahu dipohon baik time ayh dulu mahupn time tok ni..ermmm..
adekh ini brmakne my only bro ni dh xsaba2?hahaha
p/s:spe plak nk g haji lps ni,nk mtk doakn?=)
Hope your grandma will be safe. Always.
Aiedail : Kang xsalah kalau nak minta doa tu. Hehe. Keskemaan ayat itu kerana saya seorang yang cukup menyanjung bahasa ibunda.
Anonynous : InsyaAllah.
eh..mmg xsalah,sape plak yg ckp salah..haa bgus2,futuristik sgguh :)
oh,penyanjung bahasa ibunda rupanya (ades..baku sungguh)
Agar mendapat haji mabrur buat neneknya aiedail,
InsyaAllah jika aiedail seorang yang baik pasti Allah SWT akan menemukan aiedail jodoh yang baik. Rajinlah berdoa dengan penuh keyakinan.
Punyai jodoh nan baik sememangnya impian semua orang; semua tahu isteri adalah Ketua Bidadari kita di sana nanti. Alangkah sukarnya hidup ini jika punyai jodoh yang menyayat hati. Apa akan jadi di sana nanti.
iDAN : Terima kasih kerana singgah.
Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Post a Comment