Mari kita ikut kisah 4 ekor katak. Baca dan fahami.
Empat ekor katak sedang duduk di atas sebatang kayu yang terapung di hulu sebatang sungai. Arus sungai yang mengalir perlahan membuatkan mereka seolah-oleh tidak sedar yang kayu tersebut sedang bergerak sehinggalah datang arus yang agak kuat dan menggerakkan kayu tersebut dengan lebih kuat ke arah muara.
Keempat-empat ekor katak itu merasa seronok kerana mereka tidak pernah merasai pengalaman belayar sebelum ini. Setelah beberapa lama kemudian, katak pertama berkata, "Sesunngguhnya batang kayu ini sangat hebat. Ia bergerak seolah-olah ia hidup. Belum ada batang kayu yang seperti ini diketahui sebelum ini."
Kemudian katak kedua pula berkata, "Tidak wahai sahabatku. Batang kayu ini sama sekali tidak bergerak. Sama sahaja dengan batang kayu yang lain. Hanya air sungai yang sedang mengalir ke laut, dan menghanyutkan kita bersama batang kayu ini."
Selepas itu, katak ketiga pula bersuara, "Bukan batang kayu atau air sungai yang bergerak. Pergerakan ini cuma dalam minda kita sahaja. tanpa pemikiran, tidak ada apa-apa pun yang akan bergerak."
Setelah itu, ketiga-tiga katak tersebut bergaduh tentang apakah sebenarnya yang bergerak. Perbalahan itu akhirnya menjadi semakin bising dan panas.
Mereka akhirnya berpaling kepada katak keempat yang dilihat sejak tadi membisu sehinggalah tiga katak tadi meminta pendapat daripadanya.
Katak keempat berkata, "Setiap dari kamu adalah betul, dan tidak ada yang salah. Pergerakan itu sebenarnya batang kayu itu sendiri dan air sungai dan juga pemikiran kita."
Ketiga-tiga katak tadi menjadi marah kerana tidak ada satu pun yang mahu mengaku bahawa pendapat mereka benar dan pendapat dua katak yang lain adalah salah.
Kemudian sesuatu yang aneh berlaku. Ketiga-tiga katak tersebut berpakat menolak katak keempat dari batang kayu jatuh ke dalam sungai. Katak keempat itu ditolak ke dalam air hanya kerana dia menyuarakan pendapatnya yang betul dan kelihatan lebih hebat daripada ketiga-tiga katak yang lain.
Itulah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita seharian. Sesiapa yang kelihatan hebat, berkata benar dan lebih bijak akan 'ditolak jatuh ke dalam sungai' sepertimana yang telah dibuktikan oleh Hang Nadim dalam sejarah pembukaan Singapura. Hanya kerana Hang Nadim lebih bijak daripada pembesar-pembesar Singapura, beliau difitnah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
p/s : Geli hati dengan sikap membisu pemimpin Melayu apabila isu masjid dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP. Pengecut.
3 comments:
pemimpin melayu dlm mesyuarat di parlimen pn x dtg..mcm mn nk bersuara...
Tahu pun.
dunia ari ni..manusia yg pandai putar belit lebih tinggi kedudukn dri manusia yg berilmu..
seorg kwn pnh kte "kite xmmpu mengubah generasi tp kite boleh bine generasi"
jom bine generasi cemerlang!
:)
Post a Comment