Senja itu,
di Teluk Ketapang,
sampah menutupi hamparan pasir,
ombak tanpa henti membadai gigi air,
kehitaman membawa noda tangan khianat,
terus perkosa tanpa takut
Senja itu,
anak-anak riang nikmati masa,
layang-layang tongkah angin,
kuda setia khidmat,
bersama deru angin sepoi
Senja itu,
aku disini,
ditemani tangisan ombak,
memberitahu dirinya cukup terluka,
harga sebuah pembangunan.
Malek Husaini Abdillah
26 Disember 2009
6.30 petang
2 comments:
cewah..ombak menangis gitu!^^
p/s:rindu nk picnic tepi pantai..kt irbid xde pantai T_T
Haa. Itu namanya puitis. Hehe. Balik cepat-cepat. Boleh picnic. Pantai belakang UMT pun ok. Hehe.
Post a Comment