02 January 2010

Pantun Kasih Ibu


Sunyi pagi tanpa cerita
Riuh malam dengan reriang
Walau berada jauh di mata
Pesanan ibu tetap terngiang

Anak Cina mandi perigi
Tertelan air kelar dirasa
Biar jasad telah pergi
Lembut tangan ibu tetap terasa

Menanam kenanga di tepi pagar
Kenanga hidup sungguh subur
Nasihat ibu jangan dilanggar
Mengharap berkat hingga ke kubur

Gadis desa menjahit kebaya
Jarum diguna tertusuk jari
Walau sudah dimamah usia
Pengorbanannya dilupa jangan sekali

Si dara sedang termenung merindu
Mencongak hari pinangan si teruna
Tidak kira masa dan waktu
Sentiasa usaha gembirakan hatinya

Si murai sibuk mengutis padi
Padi dijemur di tepi huma
Berkata 'ah' jangan sekali
Syurga itu di bawah telapak kakinya.

Malek Husaini Abdillah
2 Januari 2010
10.30 malam

p/s: Tiap-tiap hari adalah Hari Ibu. Selamat Hari Ibu.

3 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

isk..sob3...sdap pantun ni..

malekabdillah said...

Sedap sampai menangis?

Anonymous said...

boleh saya pinjam pantun ni???hendak buat video...