05 May 2010

Intrapersonal

Intrapersonal ni maksud dia hubungan yang berkaitan dengan dalam diri sendiri. Lebih kurang macam ni la maksud dia. Kalau interpersonal hubungan dengan manusia lain.
  1. Bila kau ada masalah berkaitan dengan orang lain, nak selesaikannya ialah dengan cara jumpa orang tersebut. Jangan cuba selesaikan dengan cara bergosip dengan orang lain atau sebagainya kerana itu langsung tak membantu mengatasi masalah tu. Tapi kajian menunjukkan orang perempuan lebih suka bercakap dengan niat meluahkan perasaan. Bagi aku, ini kurang bagus sebab masalah ini akan diketahui oleh orang lain pula.
  2. Kalau kau tahu kau di pihak yang betul, jangan takut nak voiced up. Sesetengah orang suka bising di belakang cakap dia betul, tapi bila di hadapan cuma diamkan diri sahaja. Dalam dunia moden ni, takde lagi orang mati sebab kena makan.
  3. Bila kau berurusan dengan orang yang ada power, kau kena bersikap humble. Sebab nak tak nak kau akan minta tolong dengan dia ataupun mengharapkan bantuan dari dia satu hari nanti. Aku berpegang pada ular menyusur bawah akar, takkan hilang bisanya.
  4. Orang politik memang suka bercakap. Tak kira la benda tu betul atau salah, mereka memang suka bercakap. Kalau kau nak minta tolong dari dia terutamanya kewangan, kau layankan je dia bercakap. Lama-lama dia akan berhenti sebab penat.
  5. Bila kau dikategorikan sebagai ketua, kau tak boleh sombong terutamanya dengan anak buah. A simple tap on the shoulder will make his/her day. Kau kena tunjukkan muka manis dan penuh senyuman walaupun hari tu kau memang banyak masalah.
  6. Kalau kau pula sebagai anak buah, kau kena yakin setiap keputusan yang dibuat oleh ketua adalah yang terbaik untuk anak buahnya. Kau kena ingat ketua kau banyak lagi kerja nak kena buat, bukannya tugas dia nak entertain kau je.
  7. Soft skills sangat penting untuk jadi manusia yang hebat. Cara bercakap juga penting. Bercakap dengan mak ayah, dengan kawan, dengan roomate, dengan ketua ada cara tersendiri. Jangan samakan kalau tak akan ada orang yang tak puas hati dengan kau.
  8. Kalau kau dapat elaun hampir RM 4000 untuk satu semester (elaun, bukan pinjaman) jangan kedekut nak beli barangan assignment. Kalau kau asyik minta orang punya je, orang akan bosan dengan kau. Jangan berkira kalau disuruh bayar duit untuk sebarang aktiviti. Sebab aktiviti tu untuk kau jugak, bukan orang lain.
  9. Jangan jadi manusia yang suka merungut sebab takkan bawa kau kemana-mana.
  10. Gunakan tempoh masa belajar kau sekarang semaksimum mungkin. Libatkan diri dengan pelbagai aktiviti. Bila kau dah bekerja nanti, takkan ada lagi peluang macam ni.
  11. Jangan ajar mulut kau suka maki orang. Sebab orang akan menyampah dengan kau. Sumpah menyampah.

6 comments:

Mohd Shazwan said...

8 9 10 ngan 11 tu lain macam je YDP..ape kes ni?

Mr Zakwan Johan said...

Inilah pesanan seorang ketua kepada anak2 buahnya.....

~I like your post..~

malekabdillah said...

Shazwan : biasa r wan. hidup majmuk ni macam-macam ada.

Zakwan : selalu pesan tapi jarang nak ikut.

iXa said...

ni ape ni, kesinambungan entri saye ke? :P

malekabdillah said...

iXa : ye kot. Hehe.

aiedail said...

'sumpah menyampah'

agree sgt2!