31 August 2010

8 Hari Yang Tenang


Genap 8 hari kita guna istilah siswa guru ganti guru pelatih. Pertama kali digunakan masa perhimpunan mingguan, Isnin 23 Ogos 2010 di Dewan Seri Temenggong. Macam macam reaksi diterima. Ada yang cakap ok, ada yang cakap tak ok.

Tapi alhamdulillah, yang cakap tak ok cuma seorang je setakat ni. Kesian dia takde orang nak sokong. Haha. Ganti istilah tu cuma dalam perbualan harian, dalam ucapan dan notis sahaja. Bukannya ditukar secara rasmi sebab dalam Akta dan ISO panggilan rasmi kita ialah guru pelatih. Nak tukar benda dalam akta bukannya senang. Dalam borang perjanjian pun nama kita 'murid pendidikan guru'. Tak percaya semak balik borang perjanjian. Hehe. Takpelah, kita budayakan dulu siswa guru ni di Temenggong Ibrahim.

Kalau kat universiti, cuma panggil mahasiswa je sebab ramai yang tak pasti lagi nak kerja apa bila dah grad. Tapi kat sini panggil siswa guru sebab bila dah grad nanti 99 % akan jadi cikgu. Lainlah kalau ada yang nak kerja tukang kebun kat sekolah.

Tapi perlu diingatkan dalam penggunaan rasmi, contohnya nak buat kertas kerja masih lagi perlu guna 'guru pelatih' sebab ini istilah rasmi. Tapi dalam perbualan harian kita, kat facebook, kat notis apa pun gunalah 'siswa guru'. Dengar pun lagi hebat kan. Biar ada rasa gah nak jadi cikgu.

Bila dah nama siswa guru ni, pembawaan diri pun mestilah sesuai dengan siswa guru. Citra guru tu kena sentiasa tunjuk walau di mana sahaja berada. Janganlah dah nama siswa guru tapi pembawaan masih lagi macam pelajar sekolah menengah. Biar bila kita berada dalam masyarakat, orang boleh kenal kita ni cikgu. Baru hebat.

Biarlah 'siswa guru' ni jadi fenomena. Macam fenomena 1Malaysia. Mana mana orang pergi, mesti sebut 1Malaysia. Haha. Buat pertandingan ke, gubahan lagu ke mesti nak bertemakan 1Malaysia. Baru lah nampak ada jambatan yang hubungkan semua kaum disini. Kan bagus kalau kita sentiasa belajar menerima orang lain dalam keluarga besar kita.

3 comments:

Anonymous said...

Saya graduan undeng-undeng guru tuisyen. Haaa, amacam?

-tak perlu perkenalkan diri

Amir Omar said...

Yes,satu permulaan yg baik Malek!

malekabdillah said...

Anon : macam tu lah. :P

Memer : tq amir!