19 October 2010

Kepentingan Menghargai


Semua orang mahu dihargai tak kira apa pun pangkat dan situasi mereka.

Penghargaan tidak semestinya datang dalam bentuk hadiah dan barangan. Cukuplah dengan ucapan terima kasih atau senyuman. Kalau susah sangat nak senyum, kena paksa diri untuk senyum sebab itu merupakan salah satu cara paling mudah untuk menunjukkan penghargaan kepada orang yang berjasa kepada kita. Apa kepentingan menghargai?

Secara kasarnya, menghargai seseorang itu akan menjadikan mereka lebih komited dengan tugas yang dilakukan. Contohnya seorang ketua memberi penghargaan kepada rakan sekerjanya untuk menaikkan motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat. Contoh lain, seorang ayah memuji anaknya kerana bangun awal pagi untuk solat Subuh. Mungkin hari esoknya, anak itu akan berusaha untuk tetap bangun awal kerana mahu mendapatkan penghargaan daripada ayahnya.

Dalam apa jua situasi sekalipun, cuba lah sebaiknya untuk memberi penghargaan kerana hanya orang yang menghargai sahaja tahu apa rasanya apabila dihargai. Tak rugi pun kalau hargai orang lain.

Orang yang menunggu juga patut dihargai. Tak kira apa cara sekalipun.


2 comments:

Amir Omar said...

The same goes to respect.
If you want to be respected, you must respect others too.

Anonymous said...

:)