Anda ada banyak pakaian terpakai? Baju yang sudah makin kecil? Atau seluar yang sudah makin sendat di bahagian pinggang dan peha? Jangan buang pakaian tersebut. Kami mahu!
Nama pun 'solidarity' ke Kemboja, kami mahukan pakaian lama anda tersebut untuk dibawa ke Kemboja. Untuk dibahagikan kepada anak anak, remaja, dewasa dan sesiapa sahaja di sana. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang mandi biar basah. Alang alang ke Kemboja biar berpeluh angkat plastik plastik pakaian terpakai.
Bagaimana mahu menderma? Bukan anda tunggu kami, tapi kami yang tunggu anda. Seperti berikut :
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar (PKP)
Hari : Jumaat , 12 November 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tapi kami janji kalau sambutan menggalakkan sehingga masa yang diperuntukkan tu tak cukup, kami tunggu lagi anda selepas Solat Jumaat. Kita berkampung di PKP untuk hari tersebut. Saya tahu yang pergi kursus BTN kat Kuala Selangor tu ramai yang nak menderma. Sebab tu kami tunggu anda. :)
Bayangkan pakaian anda dipakai oleh anak anak Kemboja yang sangat dahagakan ilmu pengetahuan? Pakaian yang sama juga dipakai ketika mahu menuntut ilmu. Pakaian yang anda sumbang juga digunakan untuk memajukan diri sendiri. It's a good deeds.
Jangan lepaskan peluang. Menderma dalam minggu peperiksaan! :)
No comments:
Post a Comment