Melalui pemerhatian saya, banyak tips yang boleh diamalkan untuk hidup bahagia. Bahagia mempunyai beberapa bahagian contohnya bahagia dalam alam rumah tangga, bahagia bercinta, bahagia bersama rakan-rakan dan beberapa yang lain lagi.
Melalui pemerhatian saya juga salah satu tips untuk bahagia ialah dengan banyakkan memberi daripada menerima. Contohnya memberi sedekah. Ada yang berpendapat dengan memberi contohnya duit, duit kita akan berkurang. Tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah dengan memberi sebenarnya kita mendapat sesuatu yang lain.
Kita boleh lihat orang yang selalu memberi atau dalam kata lainnya tidak kedekut sentiasa hidup senang. Allah S.W.T juga berjanji bahawa setiap perkara yang diberikan/disedekahkan kepada orang lain akan dibalas dengan 7 kebaikan. Contohnya jika kita menderma RM10. Mungkin Allah S.W.T tidak akan membalas dengan memberi kita rezeki sebanyak RM70 tetapi mungkin juga rezeki dalam bentuk yang lain seperti hati yang senang, tubuh badan yang sihat dan juga rakan-rakan yang menyenangkan. Rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ataupun berbentuk maujud.
Contoh lain jika ke masjid setiap hari Jumaat kita cuma menderma RM1 setiap kali solat Jumaat. Sebulan ada 4 minggu jadi jumlah wang didermakan kepada masjid cuma RM4. Elaun yang diterima pula ialah RM600++. Tak sampai 1% pun didermakan kepada masjid. Apa kata selepas ni, kita tambahkan sedikit jumlah wang yang didermakan kepada masjid dengan harapan kita akan mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Dia.
No comments:
Post a Comment