11 December 2009

Sedarlah...


Masa cuti panjang ni beri aku masa untuk aku berfikir. Juga untuk tidur dengan banyak. Ni aku mengaku. Haha. Belakangan ni banyak cerita keluar kat surat khabar pasal kursus Biro Tata Negara (BTN). Tak kisahlah dah banyak kat surat khabar tapi aku nak menulis juga pasal BTN ni.

Ok. 3,4 hari lepas kecoh sebab Selangor melalui YB Dr Halimah bt Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan tak membenarkan mana-mana penjawat awam di Selangor untuk menghadiri kursus BTN. Aku yakin MB Selangor pun merestui tindakan Dr Halimah ni. Senang cerita Selangor mengharamkan BTN. Alasan mereka BTN menggalakkan dan menyuburkan sifat perkauman yang tinggi dalam kalangan orang Melayu.

Ok, yang pertama. Aku yakin Datuk MB dengan Dr Halimah pernah menghadiri BTN ni. Apakah salah jika sifat perkauman itu ditanamkan ke dalam setiap diri orang Melayu? Apakah orang Melayu pada hari ini sudah cukup tinggi sifat perkaumannya? Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan orang Melayu yang dijajah selama lebih 500 tahun tanpa penentangan yang tersusun Bagaikan rela dijajah asalkan dapat hidup senang, Melayu dah dibesarkan oleh penjajah dengan ditanamkan dengan nilai-nilai khianat bangsa sendiri, hasad dengki, tamak kuasa, tidak mahu bersatu dan sebagainya. Kalau sifat perkauman itu dah cukup tinggi, masakan perangai-perangai ini masih sinonim dengan orang Melayu pada hari ini?

Yang kedua. Memang BTN ni nak suruh rakyat Malaysia kenal sejarah, kenal siapa penjajah, kenal siapa yang bagi makan selama 500 tahun lepas. Kalau bukan kerana institusi diraja, Melayu sudah lama hilang kekebalan, hilang hak istimewa. Istilah ketuanan Melayu pun tak wujud. Sebab itulah wajar kita mencintai dan mengingati tokoh-tokoh kemerdekaan negara yang bersusah payah bukan sahaja nak memerdekakan negara tetapi berusaha keras untuk menyedarkan orang Melayu. Kalau tak pergi BTN, mana nak dapat benda ni semua? Baca buku sejarah? Jangan haraplah.

Yang ketiga. Aku sangat menyokong BTN kerana menanamkan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu. BTN sebenarnya memang platform untuk menanam sifat perkauman yang tinggi orang Melayu seperti mana yang ada dalam diri setiap batang tubuh orang Cina. BTN mahu Melayu kuat, mahu Melayu bersatu, mahu bakar semangat Melayu, mahu Melayu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang sanggup berkorban demi kesejahteraan orang Melayu, mahu Melayu buang perasaan "ah, takpe", "Cina memang pandai berniaga, susah Melayu nak lawan". Ini lah tujuan utama BTN. Salah ke macam ni Datuk MB?

Kalau bukan orang Melayu sendiri yang nak usahakan ke arah ni, siapa lagi? Takkan nak harapkan orang Cina, India, Malaysiakini, Sin Chew Jit Poh dan lain-lain? Sebab kekebalan nenek moyang kitalah, kita tiada gerakan terancang sepertin Freemason, Persatuan Cina Seberang Laut, Parti Koumintang. Yang ada hanya UMNO, PAS dan PKR. Itu pun ditubuhkan atas nama politik kepartian bukannya untuk membela nasib orang Melayu. Sekali warna biru, selamanya biru, Begitulah juga sekali warna hijau, selamanya mahu hijau.

Kepada mereka yang menyokong supaya BTN diharamkan, marilah kita sama-sama fikirkan untuk kelangsungan hayat bangsa Melayu.



p/s : Aku terbaca surat dari Mariam Mokhtar kepada Malaysiakini. Dia menggelarkan dirinya sebagai Maluyu. Dia sangat dangkal because she does not read between the lines.

3 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

Sy stuju..
knp mesti diubah2 @ dihapuskan sesuatu bnda yang baik...
Melayu mesti sayangi bangsa mereka sendiri...
Barulah 1 Malaysia dpt dicapai scr berkesan..

malekabdillah said...

Ala,biasa lah. Masing-masing hanya fikirkan warna bendera..

AsrulYahya said...

Aku bangga jadi Melayu...Melayu yg x pernah tau susah senang nk merdekakan negara kerana aku lahir tahun 1987. Tp, aku adalah Melayu yg akan menjaga ketuanan Melayu sampai bila-bila. Kepada Mariam Mokhtar, aku tau ko bukan berjiwa Melayu!