23 January 2010

Kau Ilham Ku


Minda aku dah set hari ini ada kuliah ganti Tahun Baru Cina. Tapi malam tadi dapat berita kemangkatan Sultan Johor. Apa nak buat. Unexpected.

Alhamdulillah, atas usaha pagi tadi berjaya buat bacaan Yasin beramai-ramai di surau. Pukul 7.45 pagi baru mula tapi itu tak penting. Yang penting cara kita mengucapkan takziah atas kehilangan seorang pemimpin berdaulat.

Lepas tu pergi makan pagi dengan kawan-kawan. Masa makan kawan aku berpendapat antara lagu yang boleh menyatukan pelbagai kaum di Malaysia ialah lagu Kau Ilham Ku. Pendek kata lagu 1 Malaysia yang paling 'un-sung' oleh kerajaan. Semua orang tak kira bangsa dengar lagu tu. Mereka pun kata lagu tu adalah antara lagu Melayu yang paling tak puas didengar.

Aku terfikir apa hukumnya berkabung atas kematian pemimpin? Kalau ikut dalam hadis Nabi SAW:

Hadis Nabi SAW maksudnya: "Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam." - Direkod oleh Bukhari (no: 5334) dan Muslim (no: 1487)

Macam mana pula dengan arahan di atas? Isteri memang wajib berkabung atas kematian suami, kalau pemimpin? Etika berpakaian tu macam mana pula hukumnya? Kalau sesiapa boleh tolong terangkan. Seminggu bukan masa yang sekejap. Lama tu.

Kalau ada yang tak suka dengan sesuatu peraturan terutamanya peraturan baru di sesuatu tempat, aku cadangkan dia bertukar ke tempat lain. Tapi kalau tak boleh tukar, daripada hari-hari mengutuk peraturan tu, mencaci dan mengeji orang yang buat peraturan tu baik kita buka hati dan terima seadanya. Sebab undang-undang dicipta dari manusia kepada manusia. Pasti ada kekurangan.

Macam rokok. Kelebihan rokok ada satu je. Dapat mengeratkan silaturrahim terutamanya apabila perokok itu tiada lighter. Dengan muka manis, dia akan minta dari orang di sekeliling walaupun langsung tak kenal orang tersebut.


p.s :Entry ni macam rojak keling. Kali ni aku tak buat draf dulu.



4 comments:

May Maisarah said...

xpe2.rojak2 pon aku phm jer.ooo bese nk post entry kena wat draft dulu ek..perfectionist derr... =)

malekabdillah said...

hehe. biasanya aku buat draf dulu. bukan nape takut lari tajuk je. hehe.

milk and cookies said...

Uuu. Ada draft sebelum post. Cool2. Plus I'm amazed with your writing skills now. Pretty neat huh? Good job!

ps. Aku suka ps kau. Hahaha! Rojak keling sedap, sebab tu post ni aku pun sedap nak komen. Haha!

malekabdillah said...

milk and cookies : bukan ko ke yang ajar aku buat draf dulu. nanti takut lari tajuk bila menulis. ni pun alasan ko ajar aku jugak. hehe.