20 March 2010

Resepi 1


Eceh. Tajuk Resepi 1 macam lah ada resepi yang lain lepas ni. Hehe.

Bila dah ada kat JB ni ramai yang tanya macam mana rasa/bentuk/gaya nasi dagang Terengganu. Nak-nak orang luar Terengganu lah. Lagi-lagi kalau orang yang suka pergi ke pasar malam lepas tu beli nasi dagang kononnya nasi dagang Terengganu. Hehe. Ni sedikit pengetahuan la untuk kawan-kawan luar Terengganu.

Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa petunjuk yang boleh membantu menunjukkan bahawa nasi dagang tersebut asli dari Terengganu. Senang kata, orang yang masaknya orang Terengganu lah. Yang pertama dan paling jelas nasinya mesti kelihatan berkilat. (Anda mesti tahu membezakan nasi dan beras. Padi semua orang kenalkan? Hehe) Mengikut mentor saya, beras yang dipilih biasanya beras Siam wangi. Tak tahulah macam mana rupanya sebab tak pernah perhati warna plastik beras ni. Ha, kalau nasi tersebut tidak berkilat, itu tandanya bukan asli Terengganu. Mengapa berkilat? Mentor saya cakap sebab masa masak tu kena tambahkan dengan santan kelapa sekali. Barulah rasa lemak tu memikat jiwa.

Yang kedua masih lagi tentang nasi. Nasi mestilah dalam keadaan 'pecah berderai sebiji-sebiji'. Ala, kalau masak nasi biasa terlebih air, nasi akan jadi lembik lepas tu melekat antara satu sama lain. Keadaan nasi dagang pula berlawanan dengan nasi yang melekat tadi. Tak tahulah macam mana nak pastikan keadaan nasi ni 'sebiji-sebiji' tapi rupa nasi sangat memainkan peranan untuk meningkatkan selera. Yang ni mentor takde pesan apa-apa.

Yang ketiga berkenaan dengan lauk. Paling sedap lauk gulai ikan aya (sungguh Terengganu bunyinya). Kuah gulai ni mesti kelihatan berkilat juga. Bayangkan lapisan minyak berada di atas lapisan air. Mesti berkilat kan. Ha, macam tu lah berkilatnya kuah gulai ni. Penggunaan santan yang banyak tidak boleh dielakkan bagi menjaga kualiti rasa. Ikan pula biasanya bersaiz 1 kilogram setiap ekor untuk kelihatan sasa di dalam mangkuk dan dipotong sesedap saiz. Kepala ikan tersebut akan dibelah supaya pati santan akan meresap ke dalam setiap ruang di dalam kepala ikan. Bayangkan betapa sedapnya lauk tersebut. Pergh. Mengikut mentor saya, nak bagi kuah berkilat kena tambah sedikit air ke dalam gulai tersebut ketika dimasak.

Keempat masih lagi tentang lauk. Kalau nak lagi sedap, tambah beberapa biji belimbing buluh ke dalam lauk gulai tadi. Rasa belimbing yang sedikit masam tu akan menjadi pelengkap kepada rasa ikan yang bersantan. Lepas tu, acar timun wajib ada. Jangan rendamkan timun ni dalam acar terlalu awal kerana akan menjadikan timun tu lembik kerana proses osmosis (betul ke ha?) telah berlaku. Ni peraturan biasa.

Yang lain-lain tu tak pasti dah. Orang yang jarang makan je akan ada banyak persoalan tentang nasi dagang ni. Hehe. Tentang masa nak makan, memang takde masa tetap. Masa makan pagi pun boleh. Biasa akan dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon, lauk ikan dah ada kat dalam cuma kuah je diisi dalam plastik kecil. Tengah hari orang tak makan nasi dagang. Sangat pelik. Kalau malam biasa kalau ada majlis tahlil akan ada la yang hidangkan nasi dagang ni.

Oh ya, mak saya dah lama belajar masak nasi dagang dengan nenek tapi sampai sekarang masih belum dapat kuasai. Agaknya memang susah nak dapat ramuan yang betul. Nenek saya ni memang pakar buat nasi dagang. Kalau ada majlis tahlil ke, orang akan jemput dia untuk masak. Hehe.


p.s: Maaf tiada gambar nasi dagang Terengganu. Kalau nak tengok jugak, boleh Google sendiri la. Hehe.
p.s: Nenek sayalah mentor saya. Hehe. Adios!


7 comments:

victoire said...

nasik kene pecoh dera sutey sutey.
mesti gitu ayat tok mu kang? haha.
aku suke kuoh gula pedah mcm kat chendering.

lilylala said...

nasi dagang gune beras pulut+beras bese rse nye..huhu..ak pnggil ikan tongkol..koya sket..hahaha

tp ak lg ske nasi dagang kelantan..ad telur..nasi kaler coklat..ad krisik..waa mgkin pengaruh mak ak lg kuat dr ayah aku.. =)

nurulhidayah said...

di manakah resepi penuh yg anda janjikan?

malekabdillah said...
This comment has been removed by the author.
malekabdillah said...

victoire : haha. mu memang pandai baca pikiran aku. aku dok reti nak tulis gane. haha.

lilylala : tok aku buat guna beras siam wangi. hehe. olo, terengganu sedap lagi weh. hehe.

nurulhidayah : resepi rahsia~

aiedail said...

nasi sutir2 tu sbb paka beras siam wangi r rsenye.hoho.
ikan direbus dulu,mse tu kepale kne ltk paling bwh supaye xabih sblom masuk gulai..haha.ni tips jugok ni :D
waa..skrg sdh rindu mahu nasi dagang tok T_T

malekabdillah said...

ha, ni ada tambahan petua. hehe.