22 March 2010

Selamat Hari Lahir Ayah


Selamat Hari Lahir yang ke 49. Moga panjang umur, murah rezeki dan sihat sentiasa.

Rasanya semua kawan masa sekolah rendah dan menengah kenal dengan ayah aku. Kalau tak kenal, rugi. Hehe. Ayah aku ni cepat mesra orangnya. Sebab tu, kawan-kawan yang pernah pergi ke rumah mesti rindu nak datang lagi. Haha.

Tapi dengan anak-anak, ayah aku garang. Masa kecil dulu, biasa jugak la kena rotan sebab prinsip ayah aku ni 'spare the rod, spoil the child'. Tapi bukanlah sampai tahap mendera. Rotan dengan niat nak mendidik. Semua 5 orang adik beradik aku pernah rasa rotan ayah. Siap kat rumah tu memang ada 2 rotan yang memang disediakan khas untuk masa degil. Haha. Tapi bila masing-masing dah besar ni, cukuplah dengan nasihat je.

Dulu lepas sembahyang Maghrib setiap malam wajib mengaji dengan ayah. Tak boleh mengaji dengan mak sebab mak ajar anak-anak lembut. Kalau tak menangis masa mengaji memang sangat bernasib baik la. Kebiasaannya memang menangis masa mengaji. Tapi aku tahu kalau bukan dengan cara ni, aku pun tak akan reti nak mengaji dengan betul sampai hari ni. Undang-undang kat rumah memang banyak. Waktu malam tak boleh tengok tv. Nak tengok tv siang je. Sebab tu bila pergi sekolah esoknya, kawan-kawan sibuk cerita pasal cerita kat tv waktu malam, aku dengar je la. Sebab tak tahu nak masuk. Haha. Ni salah satu dari undang-undang kat rumah la.

Ayah aku suka joging. Jambatan Sultan Mahmud dan Bukit Besar tu dah biasa sangat dah kena tawan. Tak percaya tanya Khairi. Hehe.

Setiap awal tahun mesti ada perutusan awal tahun dari ayah. Biasanya malam 1 Januari. Ala-ala perutusan dari PM la senang cerita. Apa harapan, target, cita-cita dia untuk anak-anak dia untuk tahun tu. Masa tahun 2005 dulu, aku ingat lagi dalam 'perutusan' ayah tu dia sebut 'masa SPM ni lah yang tentukan kita kerja dalam aircond atau tengah panas. Pandai-pandailah pilih nak kerja kat mana'. Ayat ni nombor dua keramat lepas ayat 'duduk mana-mana pun, cuba untuk jadi aset. Jangan jadi liabiliti'. Ni ayat paling keramat. Sampai sekarang tersemat dalam kepala.

Apa-apa pun, abang doakan ayah sentiasa sihat dan gembira hendaknya. Semoga sentiasa penjang umur. InsyaAllah.


8 comments:

Mohd Shazwan said...

aku suke ayat ayah ko tu malek..
ehehe..
selamat hari lahir for him!
Be in God's blessing always, i hope.

Ila Aqilah said...

wah! happy birthday ayah malek!
ayah qla punya birthday 25th march ari tu..hehe..tak sangka dekat2..

malekabdillah said...

shazwan : hehe. terima kasih.

aqilah : tu la pasal kan.

iXa said...

eh you PTS ek? Baru perasan.

malekabdillah said...

iXa : yup. PTS. mesti kagum kan. hehe.

aiedail said...

hidup dgn undang2 yg pelbagai kt rumah tu mmg mmbntuk disiplin diri.beruntung betol jadi anak ayah yg garang dan mak yg guru disiplin.hehe.kalau tak,mungkin xde kt sini hari ni :)
thanks Allah!

victoire said...

haha. betol doh tu malek.
aku lening joging kat taman bank negara plok..
kadang2 kat jambatan.

aku dulu biase kene tali pinggang.
hehehe

malekabdillah said...

victoire : taman bank negara ok jugok. pusing kat bomba.

aku xpernah rasa tali pinggang. hehe.