09 April 2010

Prevention Is Better Than Cure


Sedih sungguh rasanya bila tengok ramai bayi yang dibuang. Pantang ada tempat untuk campak, mereka akan buang hatta di kawasan pembuangan sampah sekali pun.

Lepas tu bila dah banyak kes buang bayi, mula lah banyak pihak yang bersuara kononnya prihatin dengan masalah tersebut. Dah berlaku baru nak bising. Biasalah Malaysia kan. Takpelah, sekurang-kurangnya ada usaha ke arah mencurahkan rasa prihatin tersebut.

Lepas tu, timbullah banyak kempen untuk menyelamatkan bayi yang tak berdosa ni. Kempen untuk timbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan sebagainya. Tetapi sedarkah kita bahawa kempen tersebut dilancarkan untuk mencetuskan kesedaran umum kepada kes-kes tersebut. Kenapa kita tak lancarkan kempen yang menjuruskan kepada mencegah pembuangan bayi?

Kenapa buang bayi? Sebab dapat anak sebelum kahwin. Kenapa dapat anak sebelum kahwin? Sebab tak jaga pergaulan lelaki dan perempuan. Aku tetap pegang pada pendapat bahawa kebanyakan masalah sosial dapat diatasi kalau kita kuatkan institusi keluarga. Sebab kalau keluarga kuat, baguslah anak-anaknya tapi kalau keluarga lemah, mak ayah ambil ringan tentang pendidikan agama, jadilah benda-benda haram macam ni.

Mesti lagi bagus kalau kerajaan atau NGO tumpukan pada pembinaan asas keluarga yang kukuh. Nak selesaikan apa sahaja masalah, kenalah tackle kat akar umbinya. Jangan tackle kat bahagian pucuk, takde hasil. Bina keluarga yang kuat, hebatkan nilai-nilai agama dalam keluarga, insyaAllah akan berkurang la perkara haram ni. Selesaikan dulu masalah penzinaan sebelum selesaikan masalah buang bayi sebab kalau takde zina takkan ada kes buang bayi. Biar rakyat sedar yang zina tu juga berdosa, bukan buang bayi je berdosa.

Sama je dengan konsep pemakaian tali pinggang keledar belakang dalam kereta. Kerajaan wajibkan kerana nak kurangkan kematian bila kemalangan. Tapi berapa ramai yang meninggal sebab tak pakai tali pinggang belakang berbanding meninggal kerana pandu laju, mabuk, mengantuk dan sebagainya. Prevention is better than cure baby.


No comments: