23 May 2010

Kot Putih


Mahukan sesuatu yang berbeza?





untuk paparan lebih besar, klik kanan. :)

Mempersembahkan Kot Putih. Diilhamkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Jordan University of Science and Technology (JUST), diterbitkan oleh Majlis Mahasiswa JUST, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid yang mana mengisahkan kehidupan di bumi Irbid, Jordan.

Pernahkah anda membayangkan bagaimana pelajar jurusan perubatan dan pergigian menterjemahkan ilmu dan pengalaman mereka dengan gaya kepengarangan yang tinggi? Buku ini merupakan keluaran julung-julung kalinya oleh pelajar JUST.

Terbahagi kepada 3 bahagian major iaitu Akademik, Kehidupan dan Masyarakat, Kot Putih merupakan anak sulung milik Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid. Anda tidak semestinya perlu menjadi pelajar perubatan dan pergigian untuk memiliki buku ini. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Ambillah keazaman (determination) untuk berjaya untuk sama-sama dijadikan panduan dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelajar.

Tahukan anda bahawa di Jordan juga bersalji seperti di Eropah? Dan sudah tentulah menyambut salji di Jordan berlainan dengan di Eropah. Anda juga boleh mendapatkan bayangan bagaimanakah kehidupan mereka di Tanah Arab, bagaimanakah pergaulan dengan orang Arab yang memnag terkenal dengan sikap kasar dan bengis? Bagaimana pula mahu menyerap tekanan belajar jauh dari keluarga dan sentiasa perlu mengekalkan prestasi kerana mereka belajar ditanggung oleh kerajaan? Semuanya ada dikompilasikan di dalam Kot Putih.

Setebal 298 muka surat pastinya sangat berbaloi dengan RM30 yang dilaburkan. Marilah kita sama-sama menyokong hasil karya anak-anak Malaysia yang menuntut ilmu di luar negara. Jangan ketinggalan untuk memilikinya!


"Satu buku yang menarik, mempunyai 1001 erti ketika menelusuri pembacaannya, menyingkap 1001 perkara dalam kehidupan pelajar Perubatan dan Pergigian di bumi Jordan. Rencah pengalaman dan ilmu bersulam erat emncipta 1001 erti yang menghidupkan,"- Hilal Asyraf, Langit Ilahi.


Untuk memiliki Kot Putih, bolehlah hubungi saya melalui blog ini dan juga facebook. Jangan ketinggalan untuk menyokong produk sulung ini. :)


10 comments:

tomyamfan said...

may i have one? cm menarik....:)

malekabdillah said...

boleh. takde masalah.

NZ said...

how can i order it? penceritaan yg best.

malekabdillah said...

nona : give me your address through facebook. later, i'll give the bank account for the payment.

shifa said...

malek, cn i like use ur blog url to promote tis :) ? u already mke it short n sweet

malekabdillah said...

shifa : no problem at all.

cik lebah said...

salam.. macam mana nak beli ekh??

malekabdillah said...

tenggiling : maaf sebab buku ni dari Jordan. lagipun buku ni dah habis. maaf ya. :)

husna rosleli said...

Ya Allah, baru tahu kwujudan buku istimewa ini....... takde rezeki nampaknya... kalau ade perkembngan, sila inform di link sy ye. syukron akhi. Assalamualikum.

malekabdillah said...

husna roseli : mintak maaf banyak2 sebab buku ni limited je. kalau bagitahu awal-awal mungkin boleh diusahakan saudari. maaf sekali lagi.