Eceh. Tajuk dalam English tapi isi dalam Bahasa Malaysia. Ala, kalau nak tulis dalam English kena buat draf dulu, takut salah banyak sangat grammar. Isk.
Perkara paling penting yang selalu orang lupa tentang doa ialah mereka nak doa mereka tu terus makbul. Sebenarnya doa ni macam belajar (study). Anda takkan nampak hasilnya dalam sekelip mata kecuali study last minute. Haha. Hasilnya biasanya banyak yang hampeh.
Anda kena letak set dalam minda doa sama dengan study. Jadi, doa pun akan ambil masa nak makbul. Bergantung juga pada adab-adab doa dan masa anda berdoa. Katakan doa anda itu memang cukup adabnya, kena pada masanya contohnya doa semasa bilal membaca doa antara dua khutbah tapi masih ambil masa untuk dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Contohnya anda berdoa nak dapat ilmu banyak. Ilmu takkan datang sekelip mata. Bergolek golek ilmu masuk lepas siap solat. Bukan. Tapi melalui usaha yang cukup. Mungkin penerangan saya ni tak berapa nak ikut flow tapi saya harap anda boleh faham.
Contoh lain anda berdoa mahukan isteri yang solehah, yang menyejukkan mata memandang. Isteri yang anda mahu itu takkan datang begitu sahaja tanpa doa. Nak tak nak doa dan usaha mesti seiring. Usaha tu fikirlah sendiri. Kalau anda mahukan gadis itu juga sebagai isteri, mintalah dengan Allah S.W.T supaya dipanjangkan jodoh dengan dia. Minta banyak banyak sebab lagi banyak kita minta dengan Allah, lagi Allah suka. Lepas solat lima waktu, lepas baca Quran, lepas solat dhuha. Minta tanpa jemu. Life is like a puzzle. We complete each other.
Semoga dia kekal yang terbaik untuk saya. InsyaAllah. :)
2 comments:
amin..=)
minta dia yg terbaik untuk saya..
Amin -)
Post a Comment