21 June 2010

Melayu Bangkit



Disampaikan oleh Tun Mahathir yang berkunjung ke Kuala Terengganu baru baru ini. Dijadulkan bermula pada jam 9.00 pagi tetapi Tun cuma tiba ketika jam hampir pukul 10 pagi. Datuk MB Terengganu dengan Tengku Putera Tengku Awang pun ada sekali. Disambut dengan persembahan seni silat gayung dan deklamasi sajak oleh Kumpulan Teater Orang Ulu, Tun nampak sedikit tak faham dengan bahasa Hulu Terengganu. Penulis sendiri pun banyak yang tak faham sajak tersebut. Huhu.

Antara isi kandungan ucapan Tun ialah:

1. Sesiapa yang melupakan sejarah besar kemungkinan akan mengulangi kesilapan yang sama.

2. ideologi kapitalis/komunis terbentuk hasil daripada pemisahan agihan kekayaan antara kaum yamg paling kaya dan kaum yang paling miskin. (kaum yang sama juga boleh jadi masalah seperti di negara China)

3. Rakyat kena sentiasa ingat dari mana datang supaya kita tahu kemana arah tuju kita akan pergi. Selain itu, celik sejarah juga akan menyebabkan kita sentiasa sedar akan diri diuntung.

4. Perjuangan untuk mendapatkan kuasa telah memecah belahkan orang Melayu.

5. Jangan salahkan orang lain kerana orang Melayu sendiri telah berpecah kepada beberapa kumpulan minoriti.

6. Tiada guna perhimpunan seperti ini jika cuma datang untuk mendengar tanpa ada sebarang tindakan yang dilakukan untuk membaiki keadaan.

7. The people deserved the government they get kerana merakalah yang menentukan (pilihanraya) siapa pemerintah mereka.


Baik baik mengail tenggiri
Jangan sampai dapat ikan parang
Baik baik merendah diri
Jangan sampai jadi hamba orang


3 comments:

nurulhidayah said...

good...good..
ternyata anda tidak tidur pada sesi ini..

malekabdillah said...

mana mungkin tidur dikala manusia hebat sedang bercakap. menguap sekalipun tidak.

Anonymous said...

Suka pantun tu.