Maaflah. Aku susah nak type English secara spontan. Belum sampai maqam tu lagi kot. Hehe.

ni buku dari Jordan
ni buku baru beli
Mari aku kenalkan dua buah buku yang aku sedang baca sekarang. Kali ni dua dua buku Bahasa Melayu sebab buku John Grisham dah habis baca masa cuti hari tu.
Buku Kot Putih tu dah diterangkan disini. Pendek kata, siapa yang ada peluang baca tu baguslah. Dapatlah jugak kenal dunia perubatan dan pergigian. Yang dah tempah dengan aku hari tu, korang dah naik cuti nanti aku bagi.
Buku kedua tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau nama pendeknya Dr Maza. Beliau merupakan bekas Mufti Perlis yang mana tulisannya bisa menggegar pemimpin pemimpin negara kita. Bagi mereka yang memang mengikuti tulisan Dr Maza, akan selalu nampak tulisannya dalam akhbar Mingguan Malaysia, biasa kat ruangan tengah akhbar. Tapi sekarang dah takde sebab dulu dia menulis atas tiket mufti negeri. Sekarang bacalah tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Pun menarik. Kalau dalam New Straits Times, baca tulisan Datuk Johan Jaafar, setiap Sabtu. Kolum apa aku dah lupa.
Tulisan dia bagus, membuka minda dan dia juga banyak menulis berdasarkan persepsi orang muda di Malaysia. Teringat satu kisah bagaimana seorang raja berkorban apa sahaja demi kesenangan rakyatnya. Cerita ini ada diterbitkan ketika kerajaan baru baru menaikkan harga minyak petrol kepada RM 2.70 seliter. Itupun kalau pemimpin kita ni membaca lah.
Kalau ada kesempatan dan ruang, luangkan lah masa untuk membca hasil tulisan Dr Maza. Anda takkan rugi.
Setakat ni je dulu, kalau ada review buku lagi aku tulis. Adios.
1 comment:
Menarik ;)
Post a Comment