26 June 2010

Seni Memulakan Perbualan


Kenapa seni? Bukan sains? Sebab seni ialah sesuatu yang kreatif dan tidak terikat. Macam seni mempertahankan diri, seni peperangan dalam buku Sun Tzu dan lain lain seni.

Macam mana nak mulakan perbualan terutamanya dengan orang yang kita tak kenal? Ada beberapa cara. Tapi untuk kali ni, aku bagitahu cara yang pertama dahulu. Baiklah. Orang yang tak dikenali ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada yang lebih muda, lebih tua, bergantung pada penampilan dan sebagainya.

Katakan anda berada dalam satu majlis PIBG sekolah dan disebelah anda ialah seorang lelaki berpakaian kemas. Antara cara yang boleh digunakan ialah dengan bertanya dengannya soalan yang umum. Contohnya "anak tuan darjah berapa?" Satu lagi yang penting ialah panggilan kepada orang tersebut. Elakkan memanggil dirinya pakcik. Paggillah tuan atau kalau dia memakai songkok/kopiah panggillah tuan haji. Mesti dia lebih selesa dengan panggilan tersebut.

Contoh lain. Anda berada dalam satu majlis kenduri kahwin. Disebelah anda ialah seorang lelaki mungkin menjangkau setengah abad dan cuma berpakaian biasa biasa. Sama juga. Mulakan perbualan dengan perkara yang sangat umum. Contohnya "haji, kalau ada ikan kering lagi sedap ni". Pangillah dia dengan panggilan haji. Walaupun dia belum bergelar haji, dia tentu berasa sangat gembira dengan panggilan tersebut. Buktinya, dulu ayah sangat gembira kalau ada orang panggil dia haji walaupun dia belum menunaikan haji. Hehe.

Tetapi jangan tertipu dengan penampilan. Sesetengah orang yang berjawatan lebih selesa dengan pakaian santai apabila berada dalam sesuatu majlis terutamanya majlis yang tidak melibatkan mereka secara langsung. Sebab itu, panggilan adalah sangat penting. Para haji dan hajah sudah menghabiskan berpuluh ribu untuk menghajikan diri, begitu juga dengan para doktor yang menghabiskan 7-8 tahun untuk mendoktorkan dirinya. Bukan senang. Tak rugi kalau kita sentiasa cuba meninggikan taraf panggilan terutamanya kepada orang yang lebih tua.

Setakat ni je dulu. Point utama ialah jangan jadi kera sumbang bila berada dalam sesuatu majlis. Nak mulakan perbualan memang susah tapi percayalah bila dah jumpa perkara yang nak dibualkan, ia akan jadi sangat selesa terutamanya berkongsi pengalaman dengan orang yang lebih tua.


5 comments:

nurulhidayah said...

excellent!
finally u know how to work it out..

malekabdillah said...

I am always excellent.

anisyud_01 said...

malek..bila ko nak bual ngn ayh ak nih???die dh start rindu ko nih~

malekabdillah said...

anisyud_01 : kalau ayah ko, dekyah sorang je yang berani berbual. :P

Aziwan88 said...

lagi satu..ade perempuan berhabis berpuluh ribu untuk bergelar 'puan'..
jangan paggil dia 'cik' pula