27 June 2010

Seni Memulakan Perbualan II


Entri ni adalah sambungan di bawah.

Selain daripada itu, anda juga boleh memulakan perbualan dengan cara yang lain. Pokok pangkalnya, perbualan itu mestilah boleh difahami oleh kedua dua pihak yang bercakap. Contohnya, kalau anda mahu memulakan perbualan dengan seorang orang kampung biasa (seperti saya) jangan sesekali bercakap tentang RMK 10 ataupun tentang hasrat kerajaan mahu memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR kerana sudah tentu dia takkan mampu memberi respons yang baik.

Sebaiknya bercakaplah tentang keadaan di kampung tersebut kerana dia hanya mampu untuk bercakap dalam ruang lingkup kampung tersebut dan kawasan sekitarnya sahaja. Contoh lain. Anda mahu berbual dengan seorang pegawai kerajaan. Jangan sesekali bercakap tentang bendera hijau, bendera roket dan juga DSAI kerana sudah tentulah pegawai kerajaan tersebut agak berat mahu mengulas. Bimbang perbualan dirakam agaknya. Bercakaplah tentang dasar dasar kerajaan, tentang NKRA dan sebagainya.

Sama juga jika anda sebagai guru. Tak perlu untuk bercakap di luar ruang lingkup tugas anda. Kalau sesekali sahaja boleh, jangan terlalu kerap. Bercakaplah tentang dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang masalah penempatan guru guru universiti dan bagaimana mahu meningkatkan kecemerlangan murid murid.

Mungkin ramai yang tidak tahu salah satu masalah penempatan dalam kalangan graduan guru dari universiti adalah kerana mereka di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sedangkan kami (baca: guru guru IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sekolah dengan kementerian mana agaknya ye? :)

Yang penting, berhentilah bercakap sebelum orang bosan dengan isi percakapan anda. Sedikit itu lebih baik daripada berlebihan. :) Sekian. Adios.


3 comments:

iXa said...

ya Allah sangatlah setuju dengan statement terakhir tu. kadang-kadang sesetengah orang ni tak paham-paham ke? kita dah tunjuk signal sambil belek jam, even dari mata orang kita boleh tahu dia bosan ke tak. some ppl are very insensitive. stupidly insensitive.

Unknown said...

yeah !
abg hafal isi kandungan ni ?
syabas2 :)

suke ayahanda ble die bg ceramah :DD

malekabdillah said...

iXa : tau takpe. nak tegur takut dikata kurang ajar pulak padahal mata ni dah puas meliar ke sana ke mari. haish.

rose : hafal sikit je. lepas tu ulas sendiri.