27 June 2010

Sedikit Tentang Karamah


Hari tu ada komen kat status sorang kawan di facebook. Saya komen "istiqamah yang sedikit itu jauh lebih baik daripada karamah yang besar". Tapi nak huraikan maksudnya dengan terperinci sedikit susah kerana ruang yang tak mengizinkan. Tapi takpe, saya cuba beri maksud yang terbaik disini. Untuk lebih senang, gunakanlah teknik bercerita. :)

Ceritanya begini :

Dahulu, di sebuah sekolah agama pondok ada seorang guru yang telah bertugas selama lebih 20 tahun di sekolah itu semata mata untuk mencurahkan ilmu kepada para muridnya. Walau bagaimanapun, makin lama muridnya semakin kurang menghormati ilmu yang diberikan tersebut. Lebih teruk muridnya juga semakin tidak menghormati dirinya sebagai salah seorang guru paling lama di sekolah tersebut.

Pada suati hari, seorang guru baru telah datang untuk mengajar di sekolah yang sama. Guru muda tersebut diberi banyak kelebihan oleh Allah dalam usahanya untuk mengajar murid muridnya. Contohnya, guru muda tersebut mampu untuk menunjukkan karamah yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menarik minat para muridnya. Sudah tentulah murid murid tersebut lebih menghormati guru muda tersebut kerana ada karamah pada dirinya.

Perkara ini sampai ke pengetahuan guru senior tersebut. Ini membuatkan murid muridnya semakin tidak menghormatinya kerana menganggap beliau tiada karamah karamah tersebut. Pada suatu hari, ketika sedang mengajar di dalam kelasnya, guru tersebut menulis di papan hitam sambil menerangkan tentang subjek yang diajarnya. Ketika membuat penerangan tersebut dia berhenti menulis di papan hitam tetapi kapur yang digunakannya masih lagi bergerak dan menulis setiap perkataan yang diucapkannya. Ini membuatkan semua muridnya terpegun dan kagum dengan karamah guru tersebut.

Lantas guru tersebut menyindir sinis murid muridnya dengan mengatakan bahawa "Aku yang sudah menulis di papan hitam ini selama lebih 20 tahun tidak engkau kagumi tetapi kapur yang baru sahaja menulis itu engkau kagumi pula."



Apa yang cuba disampaikan oleh guru tersebut ialah sikap istiqamah untuk mengajar dan belajar itu lebih penting daripada kelebihan karamah yang ada pada seseorang. Walau istiqamah dalam kuantiti yang minimum sahaja sekalipun, itu jauh lebih baik daripada melakukan sesuatu dengan bersungguh tetapi cuma one-shot-work.:)



No comments: