28 June 2010

Tips Menghadapi Praktikum

Berguna terutamanya kepada bakal bakal guru.

1. Pastikan baju dan seluar diseterika dengan sebaiknya. Pastikan side baju dan seluar itu timbul sebab tu menunjukkan kekemasan anda sebagai seorang guru. Padankan dengan tali leher yang sesuai warnanya (untuk lelaki), dan tudung yang sesuai warnanya untuk wanita. Kalau baju kemeja anda plain tanpa corak, seeloknya pakailah tali leher yang berjalur.

2. Pastikan kasut anda dikilat menggunakan Kiwi yang pakai berus tu. Bukan yang guna cecair. Nampak sangat anda ni pemalas kalau guna yang cecair tu. Selepas digosok dengan Kiwi, jemurlah di tengah panas sekurang kurangnya sejam sebelum dikilat menggunakan kain. Ni untuk tonjolkan kekilatan kasut anda. Ingat, first impression must be great.

3. Pastikan segala borang, surat pengenalan diri disediakan selewatnya pada waktu malam sebelum praktikum. Isi borang borang tersebut dan kepilkan sekemas yang mungkin. Letakkan dalam fail dengan tersusun supaya anda tak menghadapi masalah untuk mengeluarkannya di depan Guru Besar.

4. Siapkan beg kerja anda seadanya. Kalau untuk para guru, pastikan buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sudah ditulis nama dan dibalut dibawa bersama ke sekolah. Pastikan juga kotak pensel anda cukup kelengkapannya bagi menunjukkan anda memang sudah cukup bersedia untuk ke sekolah.

5. Bagi lelaki, cukurlah misai dan janggut anda kerana itu kelihatan sangat kemas dan bersih. Sangat penting untuk tidak bermisai terutamanya bagi guru guru lelaki muda kerana dengan misai tersebut anda kelihatan seperti mahu mengurat guru guru wanita yang jauh lebih tua dari anda.

6. Pakailah jam tangan ketika anda ke sekolah. Jam tangan terutamanya jam besi kelihatan sangat korporat jika digandingkan bersama kemeja bertali leher dan berkasut yang sangat bersih. Jam choronograph mungkin kelihatan lebih hebat dalam kes ini.

7. Seeloknya, bersedialah dengan sedikit ucapan ringkas kerana biasanya anda akan diberi peluang di hadapan murid murid di perhimpunan pagi Isnin untuk berucap sempena kedatangan anda. Cukup dengan nyatakan nama, subjek yang akan diajar, tempoh di sekolah tersebut dan harapan yang murid akan beri kerjasama sepenuhnya kepada anda. Lainlah kalau anda hebat spontaneous speech macam saya. :) Lagi satu. Ini sangat pantang. Jangan gelarkan diri anda dengan gelaran 'abang' !.

8. Tiba awal di sekolah sangat digalakkan terutamanya pada minggu pertama persekolahan. Ini menunjukkan yang anda sangat tidak sabar untuk berkhidmat di sekolah tersebut. Anda juga kelihatan sangat energetic untuk memulakan tugas.

9. Jangan lupa untuk lemparkan senyuman kepada semua staf di sekolah tersebut termasuklah para tukang kebun. Siapa tahu anda mungkin memerlukan khidmat mereka terutamanya jika diarah untuk menyiapkan lukisan mural di dinding bangunan sekolah. Jangan kedekut senyuman.

10. Tidur awal. Jangan terpengaruh dengan perlawanan bola sepak World Cup yang bermula jam 2.30 pagi. :)


No comments: