16 July 2010

Kopi Itu Makin Ceroi


Dan sekarang engkau sibuk
Sibuk menyuruh kami ini berjimat
Maka kopi yang dulunya ceroi
Kini bertambah ceroi
Dulu nasi lemak dua bungkus
Kini sebungkus kongsi dua
Dulu lampu karan hidup selagi matahari belum keluar
Kini tanah masih gelap, lampu sudah mati

Engkau dapat berehat di luar negara selepas kepenatan
Tanpa kami tahu untuk kamikah kepenatan itu
Engkau masuk kampung dijamu makan rakyat
Dukung anak anak kecil kami
Pegang bergambar bersama cangkul kami
Sudah dikira berjiwa rakyat

Kami mengirai seringgit demi seringgit untuk anak sekolah
Kertas kertas merah untuk bayar bil api
Membilang butiran beras supaya cukup cukup
Butiran gula supaya tidak membazir kepada semut
Dan kopi itu makin ceroi

Terima kasih tuan kerana mengajar kami untuk berjimat
Moga penjimatan kami ni dapat menaikkan ekonomi negara
Tuanlah pilihan kami selamanya

Malek Husaini Abdillah
15 Julai 2010
1.30 a.m

3 comments:

anisyud_01 said...

berkurang untuk bertambah...
itupun menambah celaru bagi yang keliru,
bukan salah laku jika hitung satu persatu.

mudah mempersalahkan bila pembuat keputusan itu bukan 'aku',
mudah mempersoalkan bila pembuat keputusan itu bukan 'aku',
mudah,keputusan dianggap mudah sedang tiada siapa mahu memperjudi kedudukan sendiri..

bila 'aku' di atas,
'aku' lah pembuat keputusan,
adakah 'aku' mampu mengelak canggung???

malekabdillah said...

anisyud : well said. selamat berpraktikum.

Anonymous said...

love this one.