Selasa.
Hari yang biasa. Tiada aktiviti menarik hari ni kecuali dapat melempang seorang murid Tahun Tiga kerana terlalu degil dan bising di dalam kelas. InsyaAllah, melempang dengan disertai bismillah dan selawat mampu mengubah murid tersebut. Harapnya.
Kelas pukul 9 hingga 10 pagi. Masuk kelas hari ni paling tak ikut apa yang ditulis dalam RPH sebab sedih tengok buku latihan budak budak ni. Bayangkan kalau 0 x 4 = 4, apa lagi yang mampu nak cakap. Kelas ni sangat berbeza dengan kelas masa praktikum semester lepas.
Semester lepas tak pernah menjerit dalam kelas, tak pernah keluar kelas dengan rasa haus ya amat, tak pernah sentuh murid, tak pernah rasa bimbang sebab tak dapat jawab soalan tu terbawa bawa sampai dalam tidur. Tapi kelas yang dapat praktikum kali ni yang kat atas tu semua ada. Tiap tiap hari masuk kelas mesti menjerit. Yup, memang mencabar jiwa dan raga. Ades.
Tapi setakat ni alhamdulillah, dah nampak sedikit perubahan dalam kelas tu berbanding masa mula mula masuk dulu. Perubahan yang positif. InsyaAllah dalam tempoh dua bulan praktikum ni, nak groom habis habisan budak budak tu. Untuk mereka juga.
Itu je la kot. Jumpa lagi esok. Bye bye.
3 comments:
All the best!
u can do it!!
=)
waa..omg..jgn lempang student kuat sgt..nnt rosak telinga die..:)
gracie : thanks!
fatehar : lempang slow je. kang kuat kuat kena sue saje je.
Post a Comment