Jumaat!
Hari yang ditunggu. Hari ni ada kelas PJ darjah 5 Satria 2 masa dan Math darjah 3 Perdana 1 masa. Malam tadi dah bersengkang mata betulakn RPH PJ yang salah. Hari ni tak sabar nak praktikkan. Dah bawa baju sukan dengan kasut semua, sampai je sekolah, hujan pun mencurah curah turun. Alahai. Nasib badan.
Tapi kena masuk jugak kelas. Kesian murid murid tu. Semalam dah pesan bawa but bola sebab kita nak main bola. Akhirnya pakai but je dalam kelas. Hehe. Ambil kesempatan lebih kurang satu jam tu untuk ajar mereka ni Matematik. Kesian sebab nak buat operasi tambah perpuluhan pun tak pandai lagi. Basuh sikit apa apa yang patut sebab majoritinya daripada keluarga susah.
Masuk 3 Perdana pulak, kelas macam biasa. Kelas setengah jam je pun. Cuma ulang balik apa yang belajar Rabu lepas. Sebab ramai yang keliru bila darab perpuluhan kena selarikan titik ke tak. Yang tak ingat sifir pun ramai lagi. Habis kelas, tanda buku latihan. Senaraikan nama murid yang memang lemah dalam Matematik. Nanti nak jumpa dengan mereka ni. Ajar sendiri sendiri.
12.15 tengah hari, boleh balik. Jumpa lagi minggu depan JJ2!
No comments:
Post a Comment