Haip!
Hari ni dah hari Khamis. Hari yang palin gmembosankan sebab takde kelas kangsung. Walau bagaimanapun kena pergi jugak sekolah. Dah nama pun cikgu. Sampai di pejabat, GPK 1 ada beri satu kelas relief. Darjah 4 pukul 9.00-9.30 am. Takde masalah, dah bersedia penuh. Hehe.
Hari Khamis memang hari yang sangat bosan. Tak tahu nak buat apa. Akhirnya, duduk kat Bilik Gerakan siapkan RPH untuk kelas hari Jumaat. Jumaat sibuk sikit sebab banyak kelas ada. Siap buat RPH, pergi kelas 3 Perdana, kutip buku latihan Matematik untuk ditanda. Bila dah tengok latihan yang dijawab tu rasa sedih pun ada. Sebab ada 2,3 orang langsung tak tahu nak jawab soalan 'unit convertion' walaupun dah diulang 5,6 kali dalam kelas.
Sementara tunggu habis masa sekolah, duduk kat Bilik Gerakan sambil baca Reader's Digest. Lepas tu balik. Habis.
No comments:
Post a Comment