07 July 2010

Practicum : Day 8


Sepatutnya hari ni kena observe dengan guru pembimbing tapi entah salah faham macam mana boleh tak jadi pulak. Dah prepare yang sebaiknya tapi tak jadi. Takpe, P&P tetap berjalan macam biasa. Kelas yang sama, masih 3 Perdana topik Multiplication in Length.

Sebelum kelas pukul 9.00 tu, kena relief Darjah 1 Putra. Masa setengah jam je. Tak dapat nak buat apa cuma sesi berkenalan je. Nak tahu nama, tinggal di mana, apa hobi dan cita cita mereka. Semua murid lelaki hobinya main bola, perempuan pulak hobi baca buku cerita. Yang kelakarnya, ada sorang nama dia Vishnu. Dia cakap "cikgu, bila besar nanti saya nak jadi aeroplane". Haha. Macam biasa kena cool. Sebelah Vishnu pulak, Amin cakap "bila besar nanti saya nak jadi Pengakap". HAHAHA!

Kelas pukul 9.00 pagi, sama macam semalam. Masuk kelas semua berjalan macam yang dirancang. Aktiviti dalam kelas contohnya think-pair-share berjalan lancar. Kecuali masa groupwork tu ada kurang sikit la. Sebab masa tak cukup. Nak kata soalan tu susah, takde la sangat. Walau bagaimanapun, ada juga kumpulan yang berjaya siapkan awal dengan semua jawapan betul. Macam semalam juga, kumpulan yang menang dapat hadiah. Baru ada rasa nak bersaing. Hehe.

Lepas kelas, tanda buku buku latihan. Ada 12 orang murid yang nampaknya tak berapa nak faham dengan topik ni. Kat akhir latihan tu, tulis 'Please see me! Do correction!". Kesian sebab benda senang pun tak faham. Catat semua nama yang tak faham tu, cadangnya nak jumpa hari Jumaat ni. Nak ajar kat diorang guna kumpulan kecil. Harapnya berkesan.

Sebelum balik kena relief kelas Tasmik Al-Quran. Mula 12.20 sampai 1.20. Takde masalah setakat nak tasmik murid sekolah rendah ni. Hehe. Jumpa esok pulak. Babai!


1 comment:

May Maisarah said...

cikgu, kamu ditag.kalo rajin sila jwb ye.tiada paksaan.