Maka secara rasminya berakhirlah Praktikum Fasa 2 pada 20 Ogos 2010. Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 dalam kenangan.
Taknak cerita apa yang saya dapat sebab nanti lebih kurang sama je dengan orang lain cuma bersi je yang berlainan. Masa hari akhir tu masuk kelas 3 Perdana, kelas kesayangan. Dahla ada 2 orang gagal Matematik hari tu. Kelas pun setengah jam je. Cuma habiskan masa dengan bermesra dengan anak anak kecil. Haha.
Ada satu sesi tu mereka ni kena tulis dalam kertas kosong masing masing tanpa nama:
Tentang Cikgu Malek; Saya Suka dan Saya Tak Suka.
Tak best cerita yang suka sebab common sangat. Yang bestnya pasal tentang tak suka. Antara komen yang saya dapat ialah :
1. tak suka sebab cikgu suka tanya sifir dalam kelas
2. tak suka sebab cikgu suka garang, suka marah
3. tak suka sebab cikgu suruh saya menari dalam kelas. (padahal korang jugak yang pilih nak menari)
4. tak suka sebab cikgu pukul saya guna penyapu. HAHAHA. (sekali je kot kena)
5. tak suka sebab cikgu botak. -.-
6. tak suka sebab selalu bagi kerja rumah banyak.
Bila dah masuk sekolah ni, barulah semangat nak jadi cikgu tu makin meluap. Nak nak bila tengok darjah 6 belum pandai menulis, jumpa murid yang gila pendiam tanya la 20 kali pun dia takkan buka mulut. Macam macam jenis lah. Ajarlah mereka dengan ikhlas. Baru la rasa puas tu datang dengan sendiri. Bukan senang nak jadi pembentuk generasi ni.
Adios.
8 comments:
Ak pun xsabar nak keluar praktikum sem depan!!
wahhh...tahniah cikgu malek kerana berjaya menamatkan praktikum anda....bersedialah untuk ke dunia perguruan sebenar... =)
Memer : keluar praktikum gila best ah. seronok jumpa budak budak.
may : terima kasih. :)
hahaha..cikgu da botak ke??da lme sgt tak jupe cikgu..nakal btol bdak2 kan..tp bdk2 ni ckap jujur taw..jgn mrh malek.. ;)
ahaha..tak suka sbb cikgu botak! padahal cikgu botak sbb kamu(murid) juga..hehe
lilylala : cikgu mana marah mereka ni. sayang pe. haha.
ila aqilah :dorang tak tahu cikgu botak sebab duk pikir dorang tak ingat sifir tiga. haish.
uish ganasnye cikgu pukul pakai penyapu *takut*
:P
Cecece.
Post a Comment