Sekarang ni rasa sungguh meluat dengan perangai kebanyakan (bukan semua) adik adik junior yang belajar kat sini. Aku memang suka cakap terus terang.
Takde siapa pun suruh kau datang daftar kat sini. Takde siapa pun suruh kau datang belajar sini. Itu adalah pilihan kau sendiri kan. Dah dapat belajar kat sini dengan jaminan kerja 99%, mula kerja pun dengan DG41 tapi masih nak bising.
Kau duduk sini baru je 2,3 bulan tak payah la nak bising pasal peraturan-peraturan sini. Nak jadi cikgu, buat la cara nak jadi cikgu. Kalau tak suka, keluar cepat sementara borang perjanjian tu belum tandatangan. Lepas tu letak status kat facebook cakap belajar kat sini suck, takde apa apa nak bangga kat sini. Kalau tak suka, keluar.
Aku kat sini dah 4 tahun setengah. Tinggal lagi setahun je nak habis. Tak pernah nak bising pasal peraturan kat sini. Tak pernah nak bising pasal life kat sini. Kau tahu tak betapa ramai lagi manusia kat luar sana yang teringin nak masuk sini? 118 000 orang pemohon yang isi borang tapi yang terpilih cuma lebih kurang 3000 orang je. Masih taknak bersyukur?
Cuma aku harap ubah perangai tu. Keluar dari sini confirm jadi cikgu. Takkan nak jadi cikgu dengan rambut warna warni, pakai jeans lusuh lepas tu tak reti nak bergaul dengan masyarakat? Senang cerita, kalau kau tak suka dengan tempat sini, sila keluar. Hostel sini dahla tengah congested gila sekarang. Jangan nak rosakkan nama temenggong.
17 comments:
abang YDP jangan marah. saya budak baru belajar. kalau salah tolong jolokkan.
betul 2 boss depa sket pun xda macam kitala..buat saja nak meluat tetapi dah termeluat nak tegur sket pun xterasa tau ni tmbh nak tunjuk ajaq semua buat kepala sendiri ja...xpa depa hingat duk maktab boleh hidup sorg2 sebenarnya depa silap lpas depa xpernah kenal erti bersyukur langsung bukan semua tp segenlintir la bygkan kita bermula dengan elaun rm245 setelah dipotong asrama dulu boleh ja idup xda bising pun ni depa dah dapat betis nak paha plak..xda sapa suruh jadi cikgu mereka yg memohon!
nice one.
manusia tak tahu diuntung.
aku doakan mereka diberi hidayah.
kalau pendidik tak mampu nak didik diri sendiri,apalah yang boleh diharap dunia dari mereka?
eceh~
jangan panas-panas bro.
ramadhan kareem :)
cikgu, sabar...bawak2 bertenang..bese la tuh..budak2 baru nak kenal dunia sebenar....jiwa tengah nak memberontak.....puasa2 ni kna byk3 sabar.ok cikgu???? =)
btul tu malek..bkn sng nak jd cikgu...sbb tu ak tkt nak jd cikgu even mak ak arap ak jd cikgu..tkt tak mampu nak tunjuk telandan yg baik..nway,cikgu malek terbaik even dlu nakal2 je..hehe
iXa : kalau salah, jolokkan je mata tu.
qayyum : susah nak bentuk yum kalau diri sendiri yang taknak.
dya : tq
aiedail : kalau along marah, boleh bawak bergaduh nanti. hehe.
cikmay : tu la may. nasib baik bulan puasa.
lilylala : nakal masa belum mumayyiz je. hehe.
Haha! Tak payah yang baru. Yang junior bawah kita pun boleh tahan gak. Aku tak tegur tak bermakna aku kerek bak. Tapi kalau aku gak yang terhegeh-hegeh senyum depa bulih buat dek je... Melampaulah tu. Senyum pun payah. Nak buat muka kerek biarlah bertempat. Aku ni dah berzaman muka kerek takde hal pun la nak senyum kat junior... Tak ada respek betul.
hidup YDP... lenkali sape yg bising2 tu kite sembur je depan muke...baru nak tau kot ade life ke tak dok mktb ni...
da lame x jenguk blog...
sekali tersentap dgn penulisan panas ini,terus tergerak hati nak mengomen!
huh,sem nie naek je cuti aritu kite terus start praktikum, sok aku pon x sempat terserempak secara lgsg dgn mereka2 yg sdare malek maksudkan nehh.. tp ade jugak la tdgar....
maybe nak tggu bebudak batch kite balik maktab dulu kowt baru nak bancuh sket dorang nehhh~~
InsyaAllah yg mane kite leh betulkan,kite betulkan dulu... =)
post ni xpanas tp secukup rasa, kebenaran
so yg berkenaan sila improve
sokong!
minggu lepas nampak budak junior yg smoke depan gate maktab..
rasanya senior2 pun xwat macam tu kan.. nk rokok memang lah guna duit korang..tapi at least hormatlah sket nama IPG kat gate tu..ngeng!
milk and cookies : aku pun tahu bila nak muka kerek, bila nak muka senyum. dorang mana reti.
alip & azray : memang nak kena bancuh sikit dorang ni.
mira mir : kalau panas, masuk surat khabar. haha.
illianahidayah : tahu takpe. tak pernah lagi aku jumpa yang jenis macam ni.
Tegur menegur la antara kita dgn cara yang berhemah :)
hahaha..
klu bru masok dh mcm2..
ak cm excited lak nk tgk cmne time 'dorang' praktikal..
takpe malek!
nanti kami masuk maktab balik, biar kami handle! kami pakar hal2 macam ni ni..haha!
oooo..kerek..ea..sombong ea....siap kome seme nanti...
shazwan : tu la. tunggu senior cohort 5 je ni. haha.
Post a Comment