30 July 2010

Ular Bawah Akar, Katak Bawah Tempurung


Wahai engkau yang suka mengkritik.

Apa kata sekali sekala kita bertukar tempat? Kau duduk tempat aku, tapi aku taknak pun duduk tempat kau. Makin tinggi tempat duduk kita, makin sakit kalau jatuh. Baru engkau tahu betapa pentingnya untuk memiliki sebuah bilik sekretariat. Apa engkau mahu aku berjumpa, bermesyuarat, membuat keputusan dalam keadaan yang super terbuka?

Mungkin kau tak tahu betapa pentingya sebuah tempat yang sesuai untuk apa sahaja aktiviti. Mungkin kau malas nak berfikir macam mana nak naikkan semangat anak buah. Mungkin juga kau lebih suka bermain ragbi dengan harapan manusia manusia lain juga bermain ragbi bersama kau. Sudah la dengan cerita cerita lama kau tu. Semua dah basi.

Cubalah turun sekali sekala ke bawah. Tengok tengokkan kami yang perlukan bimbingan ni. Kalau kau tak boleh nak kurangkan sempadan antara kau dan kami, baik kau hidup dengan dunia kau je. Ular menyusur bawah akar takkan hilang bisanya. Malahan kau akan lebih dihormati sebab sudi rendahkan ego kau. Kalau kau taknak berubah juga, matilah kau di bawah tempurung tempurung ciptaan kau.

Kami sangat hormat kalau kau boleh datang ke surau. Surau itu tempat segalanya untuk kita sebagai Muslim. Cukuplah seminggu sekali, solat bersama sama kami, makan nasi dalam dulang bersama kami. Taring kau takkan jadi tumpul dengan cara ni, malahan akan lebih tajam sebab selalu digunakan.

Kalau kau tak boleh nak menyenangkan kami, tolong jangan susahkan kami.


5 comments:

Mohd Shazwan said...

knape malek?

malekabdillah said...

balik sini cepat. banyak benda yang tak betul berlaku. macam macam la manusia ni bila dah ada kuasa.

Mohd Shazwan said...

lambat lagi kalo camtu..huhu
lectures or students?

nurulhidayah said...

manusia, mmg cepat melatah bila diberi hatta sedikit kuasa..
sbrlah.

Anonymous said...

manusia...