Lepaskan setiap apa yang kamu rasa
Setiap rindu dan kata cinta
Yang pernah kamu beri untukku
Kerana aku juga mahu peluang
Peluang untuk merasa bahagia
Kadang kadang
Ada baiknya kamu berdiam sahaja
Berdiam tanpa sepatah kata
Kerana apa yang kamu bicara
Bukan penyembuh luka
Cuma penambah duka
Mungkin dirimu itu
Bukanlah dicipta dari rusuk kiriku
Melengkapi setiap kekurangan diri
Aku cuma mahu dirimu
Menjadi bidadari di hati ini
Mungkin aku telah lupa
Jodoh pertemuan tidak di tangan kita
Kita tak berdaya melawanNya
Belajarlah
Belajarlah menerima
Perancangan Allah itu adalah yang sebaiknya
Malek Husaini Abdillah
28 Julai 2010
4.20 pagi
4 comments:
sounds patah hati to me.
tapi ade orang tu kate
'hurt is just for loser'
so which one are you?
:P
dilukai bukan bererti lemah..
dilukai juga bukan bererti kalah..
terluka itu pengajar..
mengajar erti menerima,
mengajar erti memaafkan,
mengajar erti redha~
..yg utama,mengajar erti bangkit semula, melihat yang indah dalam kepahitan dugaan tanpa secalit rasa dendam~
_umi&abah_
Sometimes good things fall apart so better things can fall together. :)
Sometimes good things fall apart so better things can fall together. :)
Post a Comment