26 July 2010

Untuk Orang Ingat Kita


Entri ni aku tulis sebelum nak kena observe. Disebabkan semua kerja dah siap, folio pun dah beres aku nak tulis tentang perkara supaya orang akan ingat kita. Hehe.

Kalau PM kita, Datuk Seri Najib perkenalkan idea 1Malaysia. 1Malaysia ni dah sampai ke mana mana dah dia punya istilah ni. Sampaikan nak buat lagu, lagu yang 1Malaysia, nak buat program apa apa tema 1Malaysia. Sampaikan adik aku yang darjah 3 pun pandai sebut 1Malaysia sebab selalu sangat baca dan tengok kat tv. Betapa peranan pemimpin ini memperkenalkan istilah atau idea untuk menyatukan orang orang yang dipimpinnya. Benda ni kira macam satu jasa dia la kat orang lain. Kalau Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Datuk Najib ada 1Malaysia.

Aku pun dah terfikir satu istilah baru untuk memberi nafas baru kat guru guru pelatih. Tapi aku taknak bagitahu lagi kat sini. InsyaAllah aku akan perkenalkan idea aku ni dalam perhimpunan mingguan selepas aku balik dari praktikum. Kurang kurangnya ada la nafas baru lepas dah naik taraf maktab ni. Kalau taknak berubah, matilah engkau dibawah tempurung tempurung tersebut. Kiranya lepas ni orang akan guna istilah aku la untuk satukan hati hati guru pelatih. Haha.

Kalau yang 1Malaysia tu ramai orang letak kat tshirt, aku ingat istilah baru aku nanti pun boleh letak kat tshirt. Lepas tu jual. Macam orang pakai tshirt yang ada tulis 'facebook', tulis 'saya sayang mak ayah saya', ha macam tu lah tshirt aku nanti. Haha. Kiranya bila ada event yang semi formal je digalakkan pakai tshirt tu sebab nak tunjukkan betapa kita ni sentiasa sederap selangkah. Makin ramai pakai, makin glamour la istilah baru aku tu. Haha.

Ok, tu je untuk kali ni. Sama sama tunggu istilah baru aku ni. Kalau taknak tunggu pun takpe. Haha. Adios!


4 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

x sbr rsnya menanti slogan br dr Ydp..

Anonymous said...

Cerita dia senang aje. Ini juga punca mengapa sistem pendidikan tak pernah konsisten dan sering diubah-ubah.

Setiap penggal menteri baru akan naik. Dan bila mereka ini naik, mereka nak bawa ideologi dan gagasan mereka. Contohnya zaman Dr M dulu kita ada Wawasan 2020, Pak Lah kita ada Islam Hadhari dsbg.

Secara logiknya kalau kita pegang pucuk pimpinan, kita nak orang nampak yang kita bawa sesuatu yang baru. Al-kisahnya kita cuma nampak PM punya aje, yg tak relevan dgn kita, kita tak berapa nampak. Contohnya Kementerian Perusahaan, entah berapa kali depa tukar prosedur nak dapat lesen perumahan apa semua kita tak tahu each time tukar menteri.

Jadi itulah dia.

Wallahualam.


-ixa

aiedail said...

sile sile announce,
tak sabar jugak nak tahu.

i dah ada kot putih.
cuma tak tulis kt t-shirt je lagi.
:D

malekabdillah said...

Hidayah : Tunggu dalam weekly assembly.

iXa : itulah cakap. Menteri Pelajaran pun tengah suruh untuk gubal balik silibus pelajaran untuk sekolah menengah dan rendah tanpa mengambil kira kesuntukan masa yang ada. tahun 2011 dah nak guna. semuanya kerana nama.

aiedail : hehe. keluarkanlah t shirt Kot Putih.