23 July 2010

Sedikit Tentang Kepuasan


Sekarang musim praktikum untuk bakal bakal cikgu. Masa praktikum mesti kena observe, kalau tak macam mana nak tahu tahap kita kat mana. Bagi yang tak tahu observe tu macam mana, cikgu mengajar kat depan, pensyarah duduk kat belakang nilai kita. Ala, macam kat sekolah dulu dulu.

Gila tak best masa kena observe. Bayangkan kau buat kerja ada orang perhatikan. Nak marah murid pun tak sedap. Tak keluar taring sebenar.

Bagi aku markah masa praktikum ni dah duk kat nombor dua, tiga dan seterusnya. Nombor satu ialah kepuasan aku masa mengajar. Aku puas hati bila semua murid nak take part masa aku buat aktiviti dalam kelas, semua eager gila nak cuba apa yang aku ajar. Walaupun kadang kadang markah yang aku dapat tu memang tak padan dengan usaha.

Kalau kau mengajar hebat, lesson plan lengkap, teaching material gempak, markah tinggi tapi murid tak faham apa yang kau ajar pun takde guna jugak. Lagi satu, apa nilai yang kau cuba terapkan dalam kelas. Kalau aku nilai disiplin dan kerjasama paling penting nak nak bila dalam kelas tu semua bangsa ada termasuk lah Iban.

Aku mengaku aku mengajar tak hebat, teaching material biasa biasa je. Lepas tu bila kena observe dapat markah pun biasa je. Takdelah markah cukup makan, tapi markah yang biasa je. Komen mesti berjela panjang. Tapi yang paling puas hati bila ada murid aku cakap kat aku sebelum keluar kelas, "cikgu, esok masuk kelas kami lagi. Cikgu mengajar best." Ayat ni dah cukup buat aku puas hati dengan p&p aku. Biar murid tu rasa tak sabar nak tunggu kita masuk mengajar.

Paling penting kau tahu apa yang kau nak. Nak markah tinggi tapi murid tak dapat apa yang kau ajar atau markah biasa tapi murid tak sabar tunggu kau masuk kelas nak ajar dia. Kau pun kena tahu apa yang kau tunggu. Dapat atau tak dapat nombor seterusnya, nombor satu kau kena tahu apa yang kau tunggu. Kena sabar sikitlah sebab aku tahu berbaloi tunggu.


5 comments:

Ila Aqilah said...

yup! tu baru kepuasan..like this post =)

malekabdillah said...

kanak kanak mendamaikan hati.

shifa said...

true! i mean what matters is the business is on and responsibilities were well done. Plus, maybe lecturer xnk student die cpt sgt selese dgn keadaan. stay positive !

anisyud_01 said...

hahaha..
lg best,bile bdk yg plg ko target,plg degil dlm klas,slalu kne denda+marah+jerkah+dll, cri ko n ckp,
"cikgu2, cikgu kenapa dah xajar kami, xbest lah cikgu dah x ajar"...

_marah seorang guru,budak kecik pun tahu beza..so,bila kne tegur ngn lecturer,tadah tlinge je la klu btol2 dh xmmpu..(",)_

nurulhidayah said...

PUAS ATI