Sedikit tentang hari Khamis terakhir sebelum pulang ke JB.
Hari ni Hari Malaysia. Ingatkan sambutan dia macam Hari Merdeka yang ada perbarisan semua tu, tapi buka TV takde apa apa pun. Kecewa sungguh. Haha.
1. Dua tiga hari lepas buka laci almari lama. Dalam tu ada 3 album setem besar. Hobi saya ni memang kumpul setem sejak dari sekolah rendah lagi. Album setem yang pertama dapat masa darjah 3. Setem yang paling berharga ada 2 keping. Satu gambar kerbau, satu lagi gambar padi. Agaknya tu setem tahun 60-an sebab ejaan Terengganu kat setem tu ejaan Jawi dan harganya 10 sen (kerbau) dan 4 sen (padi). Siapa nak beli bagitahu. Sebab perlukan duit untuk beli D90. Hehe.
2. Malam tadi lepak rumah member lama. Gila lama lah tak jumpa padahal rumah dekat je. Isk. Kalau kira balik 8 tahun la tak jumpa langsung. Sampai rumah dia pukul 9 malam, borak sampai pukul 12.15 tengah malam. Semua cerita keluar. Macam tak percaya boleh borak macam tu punya lama. Haha.
3. Kursus Pengadil 3 FAM ditunda ke bulan Oktober. Kecewa sungguh sebab tiket dah beli dan tak boleh tukar. Patutnya Sabtu masih berada di rumah sebab masih ada program hari Sabtu kat sini. Kursus tunda, program hari Sabtu pun tak pergi. Aiseh.
4. Semalam petang pergi rumah terbuka kawan ayah di Pasir Panjang. Tak jauh dari rumah dia, ada sebuah rumah gila besar belum siap. Sampaikan garaj kereta dia lebih besar dari rumah jiran dia. Mesti jiran dia menyesal buat rumah kat situ sebab rumah dia dah tenggelam duk sebelah rumah besar tu. Agaknya tuan rumah tu meninggal nak bawak rumah dengan dia masuk kubur. Hehe.
5. Esok Raya Enam kat Terengganu. Kat Terengganu je ada raya ni. Sambut dia dengan cara bersih kubur lepas tu baca talqin untuk si mati. Ringkas je. Tapi ada tempat tempat kat Kuala Terengganu ni yang meriah sambut Raya Enam contohnya di Kampung Bukit Wan, Maras, Lingai dan kawasan sekitarnya. Raya Enam disambut selepas habis berpuasa enam hari di bulan Syawal.
6. Lelaki nampak hensem kalau pakai jeans gelap dengan tshirt warna putih. Haha. Perempuan pula bila pakai baju kurung bertudung ringkas. Tak payah belit belit, nanti terbelit tengkuk saje je. Hehe.
6. Rumah terakhir nak pergi beraya ialah petang esok. Ni rumah wajib pergi tiap tiap tahun. Tak sabar nak pergi. :)
Setakat ni je dulu untuk kali ni.
5 comments:
mane ko dapat fakta no 6 tu ha? hahahaha
aku lam proses cari jean nih,jean skarang dah koyakk..adeiii
shazwan : dapat dari observation. haha. tapi betul dowh. cuba kau perhati lek lok hensem kot jeans dengan tshirt putih. haha.
yup2.ku setuju.jeans gelap ngan tshirt putih mmg smart.aku suke.
ehem2.rumah saper yg last tu???dh la x mari pon umh aku.isk!
You tanak berayew rumah I kew Malique? :P
cikmay : haha. aku dok kenal rumah mu. hehe
SG : jauh sangat lah. haha
Post a Comment