04 November 2010

Apabila Sumber dari Facebook Lebih Dipercayai


Facebook itu satu trend. Siapa tiada facebook dia dikira ketinggalan. Boleh dikatakan semua orang ada akaun facebook masing masing pada hari ini.

Yang jadi masalah apabila cerita cerita ataupun apa sahaja yang di'post' ke facebook lebih dipercayai berbanding cerita yang bukan dari facebook. Kiranya facebook sekarang dah macam kitab rujukan. Apa tak guna logik akal ke?

Saya baru sahaja membaca beberapa cerita yang boleh dikatakan hampir mustahil berlaku. Contohnya pelajar sekolah yang termengandung anak tikus kerana memakai tuala wanita yang telah lepas expiry date nya dan terdapat telur tikus di tuala wanita tersebut. Masalahnya ramai yang percaya dengan cerita tersebut kerana disertakan sekali dengan gambar anak tikus yang baru lahir.

Tak sekolahkah engkau dengan percaya dengan cerita tersebut? Takkan dah lupa belajar topik ni masa kat sekolah dulu. Inikan topik favourite masa korang masa zaman sekolah dulu. Perempuan hanya boleh mengandung apabila telurnya disenyawakan oleh sperma. Dan adalah mustahil untuk mengandung ketika haid. Tolong lah guna logik akal nak percaya cerita macam ni pun.

Banyak lagilah cerita yang mengarut di facebook tapi ramai orang percaya. Cara komen yang bersungguh juga kelakar. Haha. Kalau guna untuk kebaikan baguslah. Nak sebarkan hadis Nabi ke takpun nak sebarkan tips untuk jadi pelajar cemerlang ke. Ada la juga manfaat daripadasebarkan cerita separuh masak macam tu.

Gambar tu memang betul gambar anak tikus. Tapi bukan yang disenyawakan oleh pelajar perempuan tu. Gila apa.

90% bahan yang ada kat internet adalah sampah. Pesanan salah seorang pensyarah ketika di semester 1 dahulu.


6 comments:

Anonymous said...

Haha. Betul. Setuju.

lilylala said...

betol tu malek.yg crita psl anak tikus tuh,adik aku yg form 4 tu pom bley fikir logik.tataw kalu ad yg percaya btol2.

Grammar police said...

jadi apa idiom untuk ini?

Amir Omar said...

Kena bijak menilai yg mana satu yg benar dan mana satu yg x la,hahaha

malekabdillah said...

dya : :)

lilylala : itu la kate. haish pelik aku. huhu

GP : tak tahu. malas nak fikir. haha

Memer : yesza! :P

@R+_GaLaXY said...

malek lg 1 bende x masuk akal... tikus kan beranak.. mane plak bertelur... haishhh... sape yg share bende 2 mmg x skolah... huhuhuuhh