01 November 2010

Menguruskan Rasa Marah


Sebenarnya bukan untuk rasa marah je, rasa tak puas hati juga boleh cuba praktik cara-cara di bawah ni.

Isu paling utama ialah ramai orang tak tahu macam mana nak menzahirkan kemarahan tersebut. Lelaki yang suka marah tak macho, perempuan yang suka marah cepat tua. Ada orang suka pendam je rasa marah tersebut, ada orang suka cakap sorang sorang. Ada juga yang lain suka cakap belakang tapi cara ni merupakan cara terakhir kalau dah tak boleh buat apa dah. Sekurang kurangnya menceritakan tentang perkara tersebut mampu mengurangkan rasa marah. Menulis di blog juga merupakan salah satu caranya.

Lain orang lain cara nak zahirkan rasa marah. Tapi seboleh bolehnya mengalah lah. Mengalah bukan bermakna kalah. Cuma tidak mahu berlawan. Ada rasa marah ni bagus. Boleh tengok setakat mana hebat kawal marah. Orang yang masih senyum masa dia marah adalah manusia yang hebat. Bukan senang nak jumpa orang macam ni. Kalau boleh jangan memaki.

Tujuan utama ialah supaya rasa marah itu sampai kepada orang yang dituju. Biar mereka tahu ada perkara yang mereka buat tapi orang lain tak suka. Kalau sorang je tak suka, maksudnya sorang tu yang ada masalah. Tapi kalau ramai tak suka, maksudnya kau lah yang bermasalah.

Tak kita apa jua cara sekalipun. Orang yang kena marah/tegur pula kena ada sikap terbuka menerima teguran. Barulah boleh berubah. Diri sendiri je yang boleh ubah diri, orang lain tak mampu. Sentiasa belajar macam mana nak buat self improvement.


8 comments:

nurulhidayah said...

cr ni boleh x?
dengan ini sy ingin memberitahu seluruh dunia bahawa_saya sedang marah_

iXa said...

this is a good entry, malek. i always have issues with anger management. bukti terkini: entri terbaru di blog & new friendship di fb. Hee.

Haish.

malekabdillah said...

nurulhidayah : boleh jugak. hehe.

iXa : anda kena belajar kawal marah. fasobron jamil. :)

Anonymous said...

Nak marah jugak.wink2*

Anonymous said...

saya marah 5 minit je :P

malekabdillah said...

dya : marah lah. hehe

anon : lambat marah, tapi bila marah cepat hilang. itu yang terbaik. :)

Amir Omar said...

Ak suka tgok org marah sebab kadang2 comel! hahaha

aiedail said...

marah tapi tak mampu nak sampaikan pada orang yang dimarahi.
bagai terkurung dalam kotak maha kecik.stressed and compressed!

aih.