30 November 2010

Random


Maaf tak jumpa tajuk yang sesuai.

Ketika entri ini ditaip, jam menunjukkan pukul 2.45 pagi hari Rabu. Saya masih berada di bumi bertuah Temenggong Ibrahim, masih berusaha dengan kerasnya untuk menyiapkan majalah kesayangan dan kebanggaan kami warga temenggong, iaitu Semaian Subur.

Ramai orang tanya saya kenapa tak balik rumah? Tak rasa bosan ke asyik duduk kat maktab je? Saya antara yang datang paling awal setiap semester dan akan pulang paling lewat setiap kali cuti bermula. Bukan tak mahu duduk di rumah, malahan itulah tempat yang saya selalu nak tinggal. Tinggal kat rumah, makan minum terjaga, pakaian pun terjaga, boleh tengok muka mak ayah setiap hari. Siap dapat pahala lagi.

Tapi apakan daya. Ini lah tempoh 5 tahun setengah yang saya ada. Cuma tinggal setahun je lagi nak hidup macam ni. Saya sangat pasti bahawa tempoh masa belajar inilah tempoh perkembangan paling baik dalam hidup dan juga tempoh masa untuk enjoy sebelum masuk ke alam pekerjaan. Bila dah masuk alam kerja, rasanya susah sangat nak dapat peluang macam ni. Peluang ini wujud masa belajar je. Maka rugi lah orang-orang yang merasakan cuti itu tempoh untuk berehat di rumah.

Sekarang ni saya rasakan darah temenggong tu dah mengalir dalam urat darah saya ni. Rasa marah bila orang pertikaikan rasa sayang pada institut. Kalau tak sayang, takdenya nak tinggal kat sini 2,3 minggu masa orang lain dah bercuti. Sebab sayang la buat semua ni. Tahun depan dah tahun akhir kat sini. Banyak orang cakap bila dah tahun akhir ni kita kena latih perlahankan diri beri khidmat sebab dah lama dah 4,5 tahun dah tabur jasa. Tapi saya taknak buat macam tu. Kalau ada peluang, bengkel majalah untuk tahun 2011 pun saya nak ikut. Biarlah saya bagi khidmat ni sampai ke saat-saat akhir bergelar guru pelatih.

Tapi kalau dah hati meronta nak balik rumah, cuti dua hari pun saya akan balik rumah walaupun naik bas 9 jam. Sebelum ni kalau dah nak balik rumah sangat, saya ponteng kelas Jumaat sebab boleh save satu hari. Khamis malam naik bas, hari Ahad pagi baru balik ke JB. Tapi insyaAllah, selagi mana hati ada kat rumah, tak kemana jugak larinya.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang sama-sama buat majalah ni semuanya hebat. Walau susah macam manapun, inilah golongan hebat yang terus buat majalah. Teringat bahagian Winners and Losers dalam artikel majalah. The winners will have hard arguments but with soft words. Losers will have soft arguments with hard words. Nampak beza dia kat mana kan?

Lagi satu, rasa terkilan dengan segelintir sahabat dan adik-adik junior sebab masih tak tahu nak bersyukur bila dah masuk profesion keguruan. Bukan mereka tak nampak yang peluang pekerjaannya lebih luas, tapi mereka lebih terliur dengan kebebasan hidup di IPTA/S. Saya akui hidup di institut perguruan banyak undang-undangnya, banyak yang tak bolehnya. Tapi itulah yang membentuk diri nak jadi cikgu. Harapnya sebelum keluar dari sini sebagai graduan, kena ada jiwa pendidik lah. Untuk adik-adik junior, makin lama anda di sini, baru anda tahu betapa beruntungnya berada dalam dunia pendidikan. Tambahan lagi apabila dah masuk ke sekolah nanti. Time will tell.

Setakat ni dulu lah. Nanti random 2 akan menyusul. Babai.

3 comments:

shifa said...

boleh nampak kegembiraan tu XD tahniah

TunTeja said...

Nice one bro.good job!

p.s Darah temenggong tu tah2 warna putih kit.Sama standard dengan darah mahsuri.waaaww.

malekabdillah said...

shifa : gembira. gembira.

tun : tinggi sikit kot dari mahsuri. mahsuri rakyat biasa je. hehe