Sebenarnya saya nak tegur secara berdepan tapi tak berkesempatan. Jadi, tegur kat sini pun diterima kan?
Sesetengah orang mengambil ringan tentang pakaian ketika ke masjid/surau. Ataupun untuk solat secara sendirian. Kerana ramai yang memandang bab pakaian ini sebagai satu bab yang kecil dan tak perlu ditegur kerana berpendapat masing-masing sudah besar dan mampu berfikir dengan baik.
Salah seorang manusia yang tak pernah mengambil remeh tentang perkara ini ialah ayah saya. Pantang larangnya ialah kalau ke masjid cuma memakai t-shirt dengan kain pelikat ataupun memakai pakaian lengkap tetapi tidak berkopiah atau bersongkok. Walaupun cuma ke masjid untuk solat fardhu Asar atau Zuhur. Solat Jumaat jangan cakaplah. Wangian itu satu kewajipan. Hatta kalau berbaju melayu sekalipun, butang mesti cukup dan dibutangkan sehingga ke atas. Ini yang ayah saya ajar kepada saya dengan alasan kerana kita mahu mengadap Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Agung. Mesti berpakaian lengkap dan kemas. Orang Jawa cakap must look presentable.
Jadi adalah sesuatu yang mengejutkan apabila saya tengok ramai yang ke surau cuma memakai baju melayu tanpa butang, berkain pelikat lusuh, tak pakai songkok/kopiah dan memakai t-shirt. Tapi itu bukan satu kewajipan. Kalau tak pakai butang baju melayu, haram. Tak pakai songkok/kopiah, haram. Bukan macam tu. Cuma must look presentable lah.
Nak berubah mengejut memang susah, tapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk berubah. Bak kata Puan Salina "saya bukan orang yang baik, tapi saya sentiasa usaha untuk jadi orang baik."
For that, I rest my case.
12 comments:
Yeay, your father and my father share the same thoughts, I like that.
It's kinda weird, right?
cos klau depa gi dating tu cantik smart mengalahkan apa je
haa, itu lah point sebenarnya. saje taknak tulis dalam entry. hehe.
You're thinking it but I said and wrote it out loud,cool! haha, great minds think alike!
jika nak berubah itu susah, maka mengekalkannya adalah berganda-ganda susahnya! :D
i wrote about something almost similar in here http://ixarism.blogspot.com/2010/11/respect.html
suke tengok ayah nak g masjid
smart dan wangi =)
betul tu cikgu malek.setuju dgn ayah cikgu malek. =)
syafik : betul tu. nak kekal yang susah tu.
iXa : geddit.
aqilah : tau takpe. hensem. haha.
may: setuju jugak lah. haha.
rindu bau minyak atar ayah :)
Same nge ayoh aku..
Maroh sokmo kalu paka tshirt..
Tapi aku ade nyakit sket, berpeluh byk ngat.
so aku terpakse korban bende ni kadang2.
Tapi aku tetap setuju ngan pakaian lengkap ikut definisi mu tu.
my dad scolds me when i'm wearing just a simple tee and track0bottom...
to go for Friday prayer..
He said" Friday prayer is a day where u meet yo lover. So, dress properly as if u're going to have yo first date..."
he even dare to leave me if i'm wearing such untidy suit.hahhaah
konklusinya, ape yg bapak abang malik cakap tu betolla..kite perlu bersih dan suci ketika bertemu Pencipta kita. :)
apa yang pasti malek sentiasa kelihatan kacak di mataku...
Post a Comment