Novel Interlok diterbitkan pada tahun 1971 oleh Datuk Abdullah Hussain, Sasterawan Negara. Lama tu. 40 tahun yang lepas.
Sekarang Interlok jadi isu hangat sebab kaum India bantah penggunaan paria dalam novel tu. Tahu tak Datuk Abdullah Hussain luangkan masa bertahun-tahun nak tulis novel tu? Novel tu ada cerita pasal hubungan baik 3 kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Tapi sekarang dikatakan bersifat racist kerana satu perkataan. Agaknya orang yang tuduh tu baca separuh jalan je kot. Siapa yang racist? Penulis ke orang yang buat tuduhan tu?
Pada setiap permulaan bab dalam novel tu, Datuk Abdullah letakkan peribahasa yang bergilir-gilir antara Melayu, Cina dan India. Peribahasa pertama ialah 'biar lambat, asal selamat'. Kedua peribahasa Cina 'kalau diri tidak berwang, hidup akan terbuang'.
Tapi kerajaan nak kekalkan jugak Interlok dalam kurikulum dengan syarat akan ada sedikit perubahan. Siapa yang paling layak untuk ubah novel tu? Jangan cakap badan bebas sebab nak undi tuan rumah World Cup pun boleh guna duit, ini kan pulak nak ubah isi novel. Lagi satu, kerajaan tak fikir ke apa perasaan orang tua tu kalau hasil dia kena ubah? Man, you spent years of your life to write that book then people simply wanna change it? WTH.
Kalaulah nak diubah jugak, orang Melayu pun nak ubah jugak bab Musa kena pukul sebab cinta ditolak. Orang Cina pun nak ubah jugak bab yang kata mereka ni datang dari Tanah Besar. Kalau bentuk jawatankuasa pun, berapa ramai Melayu dalam tu? Cina dengan India pulak berapa ramai? Bukan kadang-kadang, tapi kerapkali kita kena tahu bila nak tarik tali dan bila nak lepas.
Nah, siapa cakap mata pena lebih tajam dari mata pedang?
1 comment:
sedih bla org xdapat mesej sebenar yg cuba dsampaikan...
Post a Comment