Fitrah lelaki apabila pandang perempuan dari muka baru masuk ke hati. Ini fitrah. Tak macam perempuan dari hati dulu baru ke muka. Perempuan juga dicipta dengan perasaan yang lebih halus tetapi kurang pandai mengawal emosi.
Cuba tengok mak ayah pulak. Mak kalau marah, jarang tinggikan suara tak macam ayah. Suara ayah semua orang kena ikut sebab itu perintah. Mak lebih linguistik berbanding ayah sebab tu anak-anak lebih senang berkongsi cerita dengan mak. Mak demokrasi, ayah jarang dapat.
Lagi satu sebab tu mak lebih senang nak pujuk anak-anak berbanding ayah. Mak biasa pujuk guna suara je, ayah biasa belikan mainan untuk pujuk anak.
Betapa cantiknya lelaki dan perempuan itu dicipta untuk saling melengkapi dan saling belajar dari satu sama lain. Malangnya, ada orang yang taknak belajar.
2 comments:
Sgt mendalam entry ni,
banyak benda yang tak terluah dengan mulut. kena guna medium lain. isk
Post a Comment