17 March 2011

Persoalan Yang Tak Terjawab


Baca tajuk pun dah boleh agak apa isi kandungan kan? Jadi sesiapa yang ada jawapan atau pandangan yang tak kabur tolong bagitahu eh.

1. Bila seseorang tu buat jenayah contohnya macam Col Gaddafi, banyak aset dia yang kat luar negara akan dibekukan. Jadi, bila dah beku tu aset tu akan pergi mana? Kalau ikut pembacaan, aset dia dalam bentuk jongkong emas pun banyak. Jadi siapa yang akan jadi tuan baru kepada harta-harta tersebut?

2. Kenapa ramai sangat terutamanya lelaki yang takut dengan kesan handphone kepada sistem pembiakan, takleh makan taugeh sebab sejuk pun ada kaitan dengan sistem pembiakan tapi tengah cakap hal tu mulut duk hembus asap rokok?

3. Kenapa orang cakap sistem perbankan Islam tu lebih menguntungkan pihak bank, bukan pihak pengguna?

Setakat ni jela yang aku boleh fikir. Ada lagi, aku tanya lagi. Adios.

2 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

kaburnya...
tapi kalau sebut yang no 2...tak lain tak bukan sebab sikap.

suruhlah lelaki2 yg merokok di luar sana 2 senaraikan alasan kenapa mereka merokok?
mesti angkanya boleh mencecah 1000 alasan..

malekabdillah said...

haha. haa tau takpe.