Kalau Ojolali Mampir ada sesi dia sendiri, saya juga ada sesi saya sendiri.
Sepatutnya entry ni ditulis lebih awal kerana nama pun my first books untuk 2010. Memandangkan sekarang sudah bulan Mac, saya sudah berjaya membaca 3 buah buku (tidak termasuk buku ilmiah yang wajib dibaca) dengan jayanya. Maknanya setakat ni, impian untuk membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan masih dalam lingkungan untuk berjaya.
Teruskan. Buku pertama untuk tahun 2010 ialah Three Cups of Tea oleh Greg Mortenson. Tak reti nak cakap dah sebab buku ni memang bermakna dan mampu memberi nilai penghayatan yang tinggi. Ceritanya tidak kompleks. Cuma cerita bagaimana seorang rakyat Amerika iaitu Greg Mortenson berusaha dengan sesungguh hati untuk membina sekolah dan memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat miskin di kawasan pergunungan di Afghanistan. Idea ini timbul semasa beliau mendaki Gunung K2. Hayatilah bagaimana susahnya beliau untuk meraih wang untuk membina bukan sahaja sekolah tetapi juga jambatan-jambatan yang menghubungkan jurang-jurang di kawasan pergunungan.
Buku ini juga adalah lambang kegagalan USA di Afghanistan.
Apa yang menarik ialah bagaimana cara beliau cuba meraih wang dengan menulis surat kepada Congressman di seluruh USA dan kebanyakan artis-artis popular. Rasa bertuah kerana buku ini ialah buku yang terakhir ada di Popular Bookstore JB. Oh ya, buku ini sangat bermotivasi. Cuma kena hayati setiap watak dan latar yang ada.
Buku kedua ialah The Rainmaker oleh John Grisham. Bagi peminat John Grisham sudah sedia maklum bahawa corak penulisan beliau. Kebanyakannya berkisar tentang undang-undang dan mahkamah. Buku ini tetap menarik dan boleh dibawa menjadi teman ketika sebelum tidur.
Buku ketiga ialah Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf. Dia pun ada blog sendiri. Tapi membaca bukunya lebih bermakna kerana nikmat membelek setiap muka surat itu tidak terbanding dengan menggerakkan cursor di komputer. Samala dengan konsep membaca surat khabar online. Tiada nikmatnya. Buku motivasi yang ditulis dalam bahasa yang cukup ringkas dan senang difahami terutamanya oleh golonga remaja.
Itu jela rasanya untuk setakat ni. Sekarang sedang nak beli buku The 7 Habits of Highly Effective people oleh Franklin Covey. Kalau sesiapa yang sudah ada buku ni dan mahu menyedekahkan kepada saya, tangan ini sentiasa terbuka luas untuk menerimanya. Hehe.
p.s : kalau nak bagi buku Maxwell Daily Reader pun boleh. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
1 comment:
Cih..tiru aku...
wow, all of your book was just great!
P/s : may I borrow your "9 nyawa" book?
Post a Comment